PROGRAM RAKAN BUMI : PLOGGING KOMUNITI DAERAH PASIR PUTEH SIRI 2 SEMARAK KESEDARAN ALAM SEKITAR DI JERAM PASU

PASIR PUTEH, 10 OGOS 2025 – Program Rakan Bumi: Plogging Komuniti Daerah Pasir Puteh Siri 2 telah berjaya dianjurkan pada 9 Ogos 2025 bertempat di kawasan pelancongan Jeram Pasu, Pasir Puteh dengan penglibatan seramai 50 orang peserta. Program ini merupakan anjuran bersama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh, Kelab Rakan Muda Bandar Pasir Putih dan Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh, dengan sokongan serta bimbingan daripada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Pasir Puteh.

Objektif utama program ini adalah untuk memupuk kesedaran masyarakat terhadap kepentingan menjaga kebersihan dan kelestarian alam sekitar, di samping menggalakkan gaya hidup sihat melalui aktiviti fizikal. Plogging, iaitu gabungan aktiviti berlari atau berjalan sambil mengutip sampah, menjadi medium yang efektif untuk melibatkan komuniti dalam aktiviti yang menyihatkan tubuh sambil memelihara alam sekitar.

Para peserta turut mendaki kawasan Jeram Pasu bagi menikmati keindahan alam semula jadi sambil diberikan pendedahan mengenai ekosistem, termasuk kepentingan memelihara habitat flora dan fauna serta peranan sungai dalam mengekalkan keseimbangan alam sekitar.

Turut hadir sama Saudara Muhammad Firdaus bin Abdul Rahman, Pengerusi Kelab Rakan Muda Bandar Pasir Putih.

Program ini diharapkan dapat memberi inspirasi kepada lebih ramai masyarakat untuk mengambil langkah proaktif dalam memelihara alam sekitar dan menjadikan aktiviti sihat seperti plogging sebagai budaya komuniti setempat.

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search