PROGRAM MALAYSIA AKTIF @ KOMUNITI PASIR PUTEH SIRI 1 GALAK GAYA HIDUP SIHAT

PASIR PUTEH, 11 OGOS 2025 – Program Malaysia Aktif @ Komuniti Pasir Puteh Siri 1 telah berlangsung meriah pada 7 September 2025 yang lalu di perkarangan Kolej Vokasional Pasir Puteh yang menghimpunkan seramai 345 orang pelajar dan guru dalam suasana penuh ceria.

Program ini dianjurkan sebagai pemangkin mewujudkan persekitaran kondusif yang menggalakkan interaksi sihat dalam komuniti, di samping meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan menjalani gaya hidup cergas dan aktif.

Pengisian utama yang menjadi tumpuan ialah sesi senamrobik yang dikendalikan oleh KBSi Puan Norziela binti Wan Hassan@Wan Abdullah, yang berjaya memeriahkan suasana.

Turut hadir memeriahkan program ialah Puan Wan Fazariah binti Abdullah @ Zakaria, Timbalan Pengarah Akademik Kolej Vokasional Pasir Puteh, yang bersama-sama menyertai aktiviti senamrobik sebagai simbol sokongan terhadap amalan gaya hidup sihat.

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search