PROGRAM RAKAN MAHIR: SKILLS FOR LIFE DARI LENSA TELEFON PINTAR, LAHIRLAH KREATIVITI BELIA

KUALA KRAI, 10 OGOS 2025 – Rakan Mahir: Skill For Life @Daerah Kuala Krai 2025 (Snap Like A Pro: Basic Mobilegraphy) anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai dengan kerjasama Kelab Beliawanis Halwanis Kuala Krai dan Kelab Rakan Muda Bandar Kuala Krai telah berjaya dilaksanakan pada 9 Ogos 2025 dan mencapai objektifnya dengan memberi pendedahan kepada peserta mengenai teknik asas fotografi menggunakan telefon pintar.

Program ini telah meningkatkan kemahiran digital dalam kalangan belia, selari dengan keperluan teknologi masa kini. Kemahiran yang diperoleh bukan sahaja dimanfaatkan untuk tujuan peribadi, malah berpotensi menjana pendapatan sampingan melalui penyediaan perkhidmatan fotografi atau penghasilan kandungan digital yang berkualiti.

Seramai 20 orang peserta telah menyertai program yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Lavender, Bangunan Persekutuan Kuala Krai. Tenaga pengajar jemputan, Encik Ammar Umairul Sabri bin Mat Nawi dari UpStairs Studio, telah berkongsi ilmu dan pengalaman berkaitan teknik kawalan pencahayaan, komposisi gambar yang menarik, serta kaedah suntingan mudah untuk menghasilkan foto berkualiti.

Selain itu, peserta turut menunjukkan peningkatan keyakinan diri dalam menonjolkan kreativiti masing-masing sepanjang program berlangsung. Majlis penutup program telah disempurnakan oleh Puan Rosnani binti Haji Abdullah Zawawi, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai, yang turut menyampaikan hadiah kepada peserta dengan hasil fotografi terbaik.

Disediakan oleh : Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search