- JBS Kelantan
- Hits: 33
KEMBARA MERDEKA JALUR GEMILANG 2025 SINGGAH DI PASIR MAS
- JBS Kelantan
- Hits: 33
Pasir Mas, 10 Ogos 2025 – Program Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) Negeri Kelantan Tahun 2025 telah singgah di Checkpoint 3 bertempat di Pasir Mas, bersempena Majlis Peluncuran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2025.
Majlis penuh semangat patriotik itu telah disempurnakan oleh YABrs Ketua Jajahan Pasir Mas, Tuan Haji Shamsul bin Abu Bakar, yang turut menyampaikan amanat sempena sambutan bulan kemerdekaan. Turut hadir memeriahkan program ialah En. Mazlan bin Mohd Ariffin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas, bersama wakil-wakil agensi dan komuniti setempat.
Program KMJG ini bertujuan menyemarakkan semangat cintakan negara serta menggalakkan pengibaran Jalur Gemilang di seluruh pelosok negeri menjelang sambutan Hari Kebangsaan. Kehadiran peserta dan sokongan masyarakat setempat menjadikan acara ini satu simbol perpaduan dan kebanggaan rakyat Kelantan.
Disediakan oleh: Urus setia Portal PBSD Pasir Mas