MAJLIS PERPISAHAN DAN PERTUKARAN TUGAS ENCIK SAZLI BIN MAHMOOD KE JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI KELANTAN

PASIR PUTEH, 10 OGOS 2025 - Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh telah mengadakan Majlis Perpisahan dan Pertukaran Tugas bagi meraikan Encik Sazli bin Mahmood yang akan memulakan tugas baharu di Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan mulai 3 Ogos 2025 yang lalu.

Majlis ini diadakan sebagai tanda penghargaan atas khidmat bakti dan sumbangan beliau sepanjang memimpin pelbagai inisiatif pembangunan belia, sukan dan rakan muda di daerah Pasir Puteh. Turut hadir memeriahkan majlis ialah para penggerak belia, sukan, dan rakan muda, serta warga kerja PBSD Pasir Puteh.

Acara dimulakan dengan ucapan aluan, diikuti ucapan penghargaan kepada Encik Sazli, serta sesi ramah mesra. Majlis turut diserikan dengan penyampaian cenderamata kenangan sebagai simbolik penghargaan dan tanda ingatan tulus daripada persatuan belia, sukan dan rakan muda.

Warga kerja PBSD Pasir Puteh mendoakan agar Encik Sazli bin Mahmood terus cemerlang dalam menggalas amanah di peringkat negeri, sekali gus meneruskan kecemerlangan pembangunan rakan muda di Kelantan.
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search