- JBS Kelantan
- Hits: 22
SENAMROBIK MERIAH DI DATARAN BANDAR BARU PASIR MAS
- JBS Kelantan
- Hits: 22
Pasir Mas, 7 Ogos 2025 – Program Senamrobik anjuran Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Mas telah berlangsung dengan meriah di Dataran Bandar Baru Pasir Mas pada pagi 7 Ogos 2025. Acara ini berjaya menarik penyertaan ramai termasuk pegawai-pegawai utama jabatan.
Antara yang hadir menyertai program tersebut ialah En. Mazlan bin Mohd Ariffin,Pegawai Belia dan Sukan daerah Pasir Mas, Puan Nur Aliaa binti Wan Johan, dan En. Mohd Faidhi bin Mat Noor. Turut memeriahkan suasana ialah Ketua Jajahan Pasir Mas, Tuan Haji Shamsul bin Abu Bakar, yang turut serta dalam aktiviti senamrobik bersama para peserta.
Program senamrobik ini diketuai oleh instruktur bertenaga, Abah Juju, bersama pembantunya. Aktiviti bermula tepat jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 9.30 pagi. Sambutan yang diterima amat menggalakkan, mencerminkan semangat komuniti yang tinggi dalam menyokong gaya hidup sihat dan aktif.
Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Mas berharap agar program seumpama ini dapat diteruskan secara berkala bagi mengeratkan hubungan antara warga kerja serta masyarakat setempat.
Disediakan Oleh: Urus setia Portal PBSD Pasir Mas