PENYERAHAN JERSI RASMI MEL 2025: KOLABORASI E-SUKAN MEMACU BELIA GUA MUSANG

Gua Musang, 23 Julai 2025 – Suasana penuh semangat dan kebersamaan menghiasi majlis penyerahan jersi rasmi Kejohanan Malaysia E-Sports League (MEL) 2025 Peringkat Negeri Kelantan yang berlangsung pada hari ini di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Gua Musang.

Majlis simbolik ini menyaksikan Encik Thariq Kamal, Pengerusi Persatuan E-Sukan Negeri Kelantan, menyerahkan jersi rasmi kejohanan kepada Encik Shahabuddin bin Haji Deraman, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Gua Musang sebagai penghargaan atas komitmen dan kerjasama erat sepanjang kejohanan.

Program yang berlangsung pada 04 hingga 05 Julai 2025 (Jumaat & Sabtu) bertempat di Dewan Dato’ Ariffin Said, KESEDAR Gua Musang, berjaya menghimpunkan komuniti e-sukan dari seluruh negeri. Para peserta bukan sahaja berentap dalam suasana kompetitif, tetapi turut memperlihatkan potensi besar belia dalam industri e-sukan yang semakin berkembang pesat.

Majlis perasmian kejohanan telah disempurnakan oleh YB Abe Din Mohd Syahbuddin Hashim, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, yang turut menyatakan sokongan penuh terhadap pembangunan belia melalui platform digital dan sukan elektronik. Beliau menyifatkan e-sukan sebagai medium baharu yang bukan sahaja menyeronokkan, tetapi juga mampu menjana ekonomi dan melatih kemahiran strategik generasi muda.

Jersi rasmi yang diserahkan hari ini membawa simbol kerjasama, komitmen dan harapan agar program seumpama ini terus diperluas ke seluruh pelosok daerah. Ianya juga mencerminkan hubungan erat antara NGO dan agensi kerajaan dalam memperkasa agenda belia sejajar dengan hasrat negara membina generasi celik digital, progresif dan berdaya saing.

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search