- JBS Kelantan
- Hits: 18
Kejohanan Badminton Inter Agensi Piala Pengarah KPDN Kelantan Sempena Hari Penguatkuasa ke-53 Meriah di Kompleks Belia dan Sukan Kelantan
- JBS Kelantan
- Hits: 18
Panji, 25 Julai 2025 (Sabtu) – Kejohanan Badminton Inter Agensi Piala Pengarah KPDN Kelantan bersempena Sambutan Hari Penguatkuasa KPDN Kali ke-53 Tahun 2025 telah berlangsung dengan meriah di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan, Panji.
Sebanyak 32 pasukan mewakili 30 agensi telah mengambil bahagian dalam kejohanan ini, termasuk pasukan dari Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan yang turut memeriahkan persaingan.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah Penguatkuasa (Pencegahan)KPDN Putrajaya, Tn Aris Bin Mamat. Kehadiran beliau mencerminkan sokongan padu terhadap usaha memperkukuh kerjasama antara agensi menerusi platform sukan.
Turut hadir sebagai tetamu jemputan ialah Encik Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah (Sukan), Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan.
Penganjuran kejohanan ini bukan sahaja menjadi medium memupuk semangat kesukanan dan gaya hidup sihat dalam kalangan penjawat awam, malah mengeratkan hubungan silaturahim serta jalinan strategik antara agensi kerajaan.