PROGRAM RAKAN MUZIK : DIKIR BARAT PERINGKAT DAERAH MACHANG SIRI 1/2025

MACHANG, 22 JULAI 2025 - Program Rakan Muzik : Dikir Barat Peringkat Daerah Machang Siri 1/2025 telah diadakan pada 16 Julai 2025 bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Machang.

Seramai 30 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar Tingkatan Dua hingga Tingkatan Empat SMK Machang telah menyertai program ini. Sepanjang program, para pelajar berpeluang mempelajari asas nyanyian, muzik, tarian, serta permainan kata-kata yang menjadi elemen penting dalam persembahan dikir barat.

Sesi bimbingan dikendalikan oleh Encik Tuan Ab Rahman bin Tuan Soh, seorang penggiat seni budaya yang berpengalaman luas dalam bidang Dikir Barat. Bimbingan beliau telah memberi impak besar dalam membentuk kefahaman dan kemahiran asas peserta terhadap seni tradisional ini.

Encik Shahril bin Aziz, Pembantu Belia dan Sukan Daerah Machang, telah hadir menyelaras program bagi memastikan kelancaran pelaksanaan aktiviti.

Disediakan oleh: Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-12-2025, 13:13:59

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search