PERHIMPUNAN BULANAN BIL. 4/2025 DAN MAJLIS PERPISAHAN PEGAWAI JBSN KELANTAN

MACHANG, 22 JULAI 2025 – Perhimpunan Bulanan Bilangan 4/2025 dan Majlis Perpisahan Pegawai Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan (JBSNK) telah diadakan pada 20 Julai 2025 di Dewan Malaysia, Kompleks Belia dan Sukan Panji, Kota Bharu.

Encik Mohd Saipuddin bin Zakaria, Pengarah JBSNK telah menyampaikan ucapan amanat dan nasihat kepada semua pegawai JBSNK yang hadir. Tuan Pengarah juga telah menyampaikan sijil penghargaan kepada penerima Anugerah Pekerja Terbaik Bulanan bagi bulan April 2025, Mei 2025 dan Jun 2025.

Perhimpunan kali ini turut diserikan dengan Majlis Perpisahan bagi meraikan Puan Naziah binti Dollah, Timbalan Pengarah Belia yang akan bertukar ke Politeknik Kota Bharu, Encik Shahril bin Aziz, Pembantu Belia dan Sukan Daerah Machang yang akan bertukar ke Pejabat Belia dan Sukan Daerah Raub dan Encik Nur Syazhwan bin Sak Ali, Pembantu Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai yang akan bertukar ke Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar.

Puan Siti Azura binti Abdullah, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Machang bersama semua staf Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang telah hadir menyampaikan cenderahati kepada ketiga-tiga pegawai yang akan berpindah.

Disediakan oleh: Urus setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang.

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search