- JBS Kelantan
- Hits: 36
KLAS RENANG FASA 1 TAHUN 2025 DAERAH KOTA BHARU
- JBS Kelantan
- Hits: 36
Kota Bharu, 20 Julai 2025 - KLAS Renang Fasa 1 bagi Tahun 2025 telah bermula pada 13 dan 14 Jun 2025 hasil kerjasama antara Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan dan Kelab Renang Kelantan (KRK) bertempat di Kompleks Sukan Wakaf Mek Zainab, Kota Bharu
Program ini dijalankan serentak di dua daerah utama iaitu Kota Bharu dan Pasir Mas, melibatkan penyertaan aktif daripada anak-anak komuniti setempat. Inisiatif ini merupakan usaha berterusan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBSMalaysia) untuk meningkatkan keselamatan air serta mengurangkan kadar kematian akibat lemas, khususnya dalam kalangan kanak-kanak keluarga B40.
Seramai 40 orang peserta telah terpilih bagi daerah Kota Bharu bagi Fasa 1 ini dan peserta-peserta telah diberikan pendedahan asas antaranya kemahiran asas yang mula dikuasai:
Teknik pernafasan (breathing) dan terapung (floating)
Kicking yang kemas dan seimbang
Cross pool dari hujung ke hujung kolam
Peningkatan keyakinan dan keberanian dalam air
Program KLAS Renang Fasa 1 ini akan berlangsung pada:
13 – 14 Jun 2025
20 – 21 Jun 2025
27 – 28 Jun 2025
Terima kasih diucapkan semua ibu bapa, pihak Kelab Renang Kelantan dan pihak pengurusan kolam yang telah memberikan Kerjasama yang baik pada minggu pertama KLAS Renang Fasa 1 berlangsung.
Disediakan oleh:
Urus Setia Portal PBSD Kota Bharu