- JBS Kelantan
- Hits: 16
KEM BELIA PERINGKAT DAERAH GUA MUSANG CETUS SEMANGAT KEPIMPINAN DAN JATI DIRI BELIA
- JBS Kelantan
- Hits: 16
Pasir Putih, 23 Julai 2025 – Seramai 52 orang belia dari seluruh daerah Gua Musang telah menyertai Kem Belia Peringkat Daerah Gua Musang yang telah berlangsung selama tiga hari, bermula 21 hingga 23 Julai 2025, bertempat di Kem Poksu, Pasir Putih.
Program ini bertujuan membentuk semangat kepimpinan, disiplin serta memperkukuh semangat kerja berpasukan dalam kalangan belia melalui pendekatan lasak, aktiviti berkumpulan dan pengisian kerohanian. Kem ini turut memberi ruang kepada peserta untuk mengenali potensi diri serta mendalami erti tanggungjawab sebagai agen perubahan dalam komuniti.
Sepanjang program, para peserta terlibat dalam pelbagai aktiviti menarik seperti modul kepimpinan, latihan dalam kumpulan (LDK), ceramah motivasi, dan riadah fizikal. Setiap aktiviti dirangka untuk membina keyakinan diri dan memperkukuhkan nilai-nilai murni dalam kalangan peserta.
Penganjuran kem ini adalah selaras dengan usaha Pejabat Belia dan Sukan Daerah Gua Musang dalam memperkasa pembangunan modal insan belia setempat, sejajar dengan agenda nasional ke arah belia berwawasan, aktif dan berdaya saing.
Program telah berlangsung dengan jayanya dengan kerjasama fasilitator terlatih serta sokongan komuniti setempat, dan menerima maklum balas positif daripada peserta yang rata-rata menyifatkannya sebagai pengalaman yang memberi inspirasi serta dorongan untuk terus menyumbang kepada masyarakat.