- JBS Kelantan
- Hits: 13
RAKAN PRIHATIN MOBILISASI SUKARELAWAN RAKAN MUDA BANTU MASYARAKAT PASCA BENCANA DI KAMPUNG LAMBOK
GUA MUSANG, 26 September 2026 – Program Rakan Prihatin: Mobilisasi Sukarelawan Rakan Muda (Sosial dan Pasca Bencana) Peringkat Daerah Gua Musang Tahun 2026 telah dilaksanakan pada 21 September 2026 bertempat di Dewan Orang Ramai Kampung Lambok, Kuala Betis, Gua Musang, Kelantan.
Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Gua Musang dengan kerjasama Kelab Rakan Muda Bandar Gua Musang ini melibatkan seramai 30 orang sukarelawan Rakan Muda yang tampil memberikan khidmat kepada masyarakat khususnya dalam membantu aktiviti berkaitan bencana dan pasca bencana.
Antara aktiviti yang dilaksanakan termasuk gotong-royong, kerja-kerja pembersihan serta membantu baik pulih kemudahan awam yang memerlukan perhatian susulan kejadian bencana.
Program ini bertujuan memupuk semangat kesukarelawanan dalam kalangan belia serta meningkatkan keprihatinan dan kesediaan mereka untuk membantu masyarakat yang terkesan akibat bencana. Penglibatan sukarelawan Rakan Muda juga menjadi platform kepada golongan belia untuk menyumbang tenaga dan kemahiran secara langsung kepada komuniti.
Turut hadir sebagai pemantau program ialah Pegawai Belia dan Sukan Daerah Gua Musang, Encik Shahabuddin bin Haji Deraman, yang turut meninjau pelaksanaan aktiviti serta memberi sokongan kepada para sukarelawan.
Pelaksanaan program ini diharapkan dapat memperkukuh budaya kesukarelawanan dalam kalangan belia serta membentuk golongan muda yang lebih prihatin, cakna dan bersedia untuk bersama-sama membantu masyarakat ketika berhadapan situasi bencana dan pasca bencana.
Disediakan Oleh : Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Gua Musang
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
- JBS Kelantan
- Hits: 13
