PASIR MAS, 10 OKTOBER 2026 – Seramai 2,000 orang peserta daripada pelbagai lapisan masyarakat dan kaum telah memeriahkan Program Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat Daerah Pasir Mas 2026 yang berlangsung di Dataran Bandar Baru Pasir Mas, Lubok Jong bermula jam 7.30 pagi.
Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas dengan kerjasama Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Mas ini telah dirasmikan oleh YABrs. Tuan Fazrul Azan bin Mohd Basari, Ketua Jajahan Pasir Mas
Program ini turut mendapat sokongan dan penglibatan Majlis Belia Jajahan Pasir Mas, Kelab Rakan Muda Parlimen Pasir Mas serta pelbagai agensi, antaranya Majlis Daerah Pasir Mas, Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas, PPD Pasir Mas, PKD Pasir Mas, TVET MARA Pasir Mas, KEMAS, RELA dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).
Program ini dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti sukan dan rekreasi, antaranya Larian Ria MADANI, Berjalan Ria MADANI, Netball Shootout, Sepak Raga Bulatan, karom, dart, Nintendo Sports Games, golf putting, memanah tradisional serta cabutan bertuah.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YABrs. Tuan Fazrul Azan bin Mohd Basari, Ketua Jajahan Pasir Mas, yang turut melepaskan peserta Larian Ria MADANI dan Berjalan Ria MADANI.
Menariknya, Tuan Ketua Jajahan turut bersama-sama menyertai aktiviti Berjalan Ria MADANI sebagai tanda sokongan terhadap amalan gaya hidup aktif dan budaya bersukan dalam kalangan masyarakat.
Turut bersama menyertai aktiviti tersebut ialah Encik Mazlan bin Mohd Ariffin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas, serta ketua-ketua agensi kerajaan persekutuan dan negeri di daerah Pasir Mas.
Penganjuran HSN ini menjadi platform untuk menggalakkan masyarakat mengamalkan gaya hidup sihat, memperkukuh perpaduan antara kaum serta menjadikan aktiviti sukan sebagai sebahagian daripada kehidupan seharian.
#TeamJBSN #TeamJBSNKelantan #harisukannegara #MalaysiaMadani #MalaysiaAktif #rakanmuda
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
JBSNegara
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan
Majlis Belia Jajahan Pasir Mas
- JBS Kelantan
- Hits: 5
