MESYUARAT PENYELARASAN SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA (HSN) PERINGKAT DAERAH MACHANG 2026

MACHANG, 5 Oktober 2026 – Satu Mesyuarat Penyelarasan Sambutan Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat Daerah Machang 2026 telah diadakan pada hari ini bertempat di Bilik Gerakan, Pejabat Tanah dan Jajahan (PTJ) Machang.
Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh YBrs. Encik Nik Muhamad Azmi bin Mohd Noor, Ketua Penolong Ketua Jajahan (Pembangunan), Pejabat Tanah dan Jajahan Machang.

Mesyuarat ini diadakan bagi menyelaras persiapan, perancangan serta pelaksanaan Sambutan HSN Peringkat Daerah Machang 2026, yang dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Machang dengan kerjasama PTJ Machang.
Antara perkara yang diberi perhatian dalam mesyuarat adalah berkaitan penyelarasan program, penglibatan agensi dan komuniti setempat, pengurusan logistik serta persiapan bagi memastikan sambutan HSN di peringkat daerah dapat dilaksanakan dengan lancar dan teratur.

Penganjuran Sambutan HSN Peringkat Daerah Machang 2026 turut menjadi wadah untuk menggalakkan penglibatan masyarakat dalam aktiviti sukan dan gaya hidup aktif, di samping memperkukuh kerjasama strategik antara agensi kerajaan, pertubuhan serta komuniti setempat.

Kerjasama dan komitmen semua pihak yang terlibat amat penting bagi memastikan pelaksanaan Sambutan HSN Peringkat Daerah Machang 2026 mencapai matlamat yang ditetapkan serta memberi manfaat kepada masyarakat setempat.

Disediakan oleh: Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMadani

Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
belia.my

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-10-2026, 21:41:59

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search