KURSUS ASAS PENGURUSAN REKOD TINGKATKAN KEFAHAMAN PENGURUSAN REKOD DALAM ORGANISASI

MACHANG, 7 Oktober 2026 – Kursus Asas Pengurusan Rekod telah diadakan pada 5 Oktober 2026 bertempat di Dewan Malaysia, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan.

Kursus ini bertujuan memberikan pendedahan dan meningkatkan kefahaman peserta mengenai asas pengurusan rekod yang sistematik, teratur dan berkesan dalam melaksanakan urusan pentadbiran organisasi. Pengurusan rekod yang baik amat penting bagi memastikan dokumen dan maklumat rasmi dapat diurus, disimpan serta diperoleh semula dengan mudah apabila diperlukan.

Kursus tersebut telah disampaikan oleh Puan Sukana binti Suadi, Pengarah Arkib Negara Malaysia Negeri Kelantan, yang berkongsi pengetahuan dan panduan berkaitan pengurusan rekod, termasuk kepentingan pematuhan terhadap tatacara serta amalan pengurusan rekod yang betul.

Turut hadir mewakili Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang ialah Puan Noor Shanizan binti Mohd Remeli, Pembantu Tadbir.

Penganjuran kursus ini diharapkan dapat meningkatkan kesedaran dan kecekapan warga kerja dalam mengurus rekod rasmi secara lebih sistematik, selaras dengan keperluan pengurusan pentadbiran yang cekap dan berintegriti.

Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang sentiasa komited untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan keupayaan pegawai serta kakitangan melalui program pembangunan kompetensi yang bersesuaian.

Disediakan oleh: Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMadani
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
belia.my

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-10-2026, 21:41:59

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search