- JBS Kelantan
- Hits: 7
WARGA PASIR MAS MERIAHKAN PROGRAM MALAYSIA AKTIF @ KOMUNITI PASIR MAS 2026 SEMPENA HARI SUKAN NEGARA
- JBS Kelantan
- Hits: 7
PASIR MAS, 10 Oktober 2026 – Program Malaysia Aktif @ Komuniti Pasir Mas 2026 sempena Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat Daerah Pasir Mas 2026 berlangsung meriah dengan penyertaan lebih kurang 1000 orang masyarakat setempat daripada pelbagai peringkat umur dan kaum di Dataran Bandar Baru Pasir Mas, Lubok Jong, pada Sabtu.
Program yang bermula pada jam 8.30 pagi itu menampilkan acara senamrobik yang dikendalikan oleh jurulatih KBSi Saiful, sekali gus menggalakkan masyarakat mengamalkan gaya hidup aktif dan sihat melalui aktiviti kecergasan fizikal.
Turut hadir memeriahkan program ialah YABrs. Tuan Fazrul Azan bin Mohd Basari, Ketua Jajahan Pasir Mas, dan Encik Mazlan bin Mohd Ariffin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas, serta ketua-ketua agensi kerajaan Persekutuan dan Negeri di daerah Pasir Mas.
Penyertaan yang memberangsangkan daripada masyarakat setempat mencerminkan sokongan padu pelbagai lapisan komuniti terhadap usaha membudayakan sukan dan aktiviti kecergasan dalam kehidupan seharian.
Selain meningkatkan tahap kecergasan fizikal, program ini turut menjadi platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim, memupuk semangat perpaduan dan menggalakkan interaksi antara masyarakat pelbagai kaum melalui aktiviti sukan dan rekreasi.
Penganjuran Program Malaysia Aktif @ Komuniti ini selaras dengan usaha menggalakkan penyertaan masyarakat dalam aktiviti sukan secara berterusan, di samping meningkatkan kesedaran tentang kepentingan penjagaan kesihatan dan kesejahteraan diri.
Sambutan meriah yang diterima diharap dapat terus menyemarakkan budaya hidup aktif dalam kalangan masyarakat Pasir Mas serta menjadikan sukan sebagai medium penyatuan komuniti tanpa mengira usia dan latar belakang.
#TeamKBS #TeamJBSN ##JBSNKelantan #MalaysiaMadani #MalaysiaAktif
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
JBSNegara
belia.my
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan
