KUALA KRAI — Seramai 30 orang telah menyertai Pertandingan Boling Wanita Fit Malaysia @ Komuniti Siri II Peringkat Daerah Kuala Krai 2026. Program yang berlangsung di Maidin Mall, Tunjung, Kota Bharu bertujuan menggalakkan penyertaan ramai dalam aktiviti sukan disamping menyerlah potensi wanita dalam sukan boling.
Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai dengan kerjasama Team Gee77 itu telah memupuk semangat kesukanan yang tinggi dalam kalangan peserta.
Disediakan Oleh : Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai
Kota Bharu, 5 Oktober 2026 – Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan telah menganjurkan Kursus Asas Pengurusan Rekod dan Fail bertempat di Dewan Malaysia, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan.
Puan Sukana binti Suadi, Pengarah Arkib Negara Malaysia Negeri Kelantan hadir sebagai penceramah dalam kursus ini. Peserta yang terdiri daripada Pegawai Belia dan Sukan Daerah dan Negeri serta Pembantu Tadbir Pejabat Belia dan Sukan Daerah di Negeri Kelantan.
Objektif utama kursus ini adalah untuk menambahbaik pengetahuan dan kemahiran dalam pengurusan rekod dan fail pejabat secara sistematik, efisien dan berkesan sejajar dengan keperluan pematuhan tadbir urus yang baik.
Diharapkan dengan berakhirnya kursus ini dapat meningkatkan kecekapan pengurusan rekod dan fail dalam organisasi khususnya di Jabatab Belia dan Sukan Negeri Kelantan serta menyumbang kepada perkhidmatan yang lebih kemas, tersusun dan berkesan.
MACHANG, 14 Oktober 2026 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang telah menganjurkan Pertandingan Sepak Takraw Tertutup Kelantan Peringkat Daerah Machang 2026 pada 10 Oktober 2026 bertempat di Gelanggang Sepak Takraw Kampung Wakaf Bata, Machang.
Pertandingan ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dengan penyertaan sebanyak 24 pasukan yang bersaing bagi merebut gelaran juara. Penganjuran pertandingan ini bertujuan untuk memartabatkan sukan sepak takraw di peringkat daerah, mencungkil bakat-bakat baharu serta menggalakkan penglibatan golongan belia dalam aktiviti sukan yang sihat dan berfaedah.
Keputusan pertandingan menyaksikan pasukan Numi C muncul sebagai johan, manakala pasukan KSTKR B berjaya meraih naib johan. Tempat ketiga bersama pula dimenangi oleh pasukan KFTF dan Numi B. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Puan Siti Azura binti Abdullah, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Machang, sebagai penghargaan kepada pasukan yang berjaya serta semua peserta yang telah memberikan komitmen sepanjang pertandingan berlangsung.
Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang berharap agar penganjuran pertandingan seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi memperkukuh pembangunan sukan sepak takraw, melahirkan pemain yang berpotensi serta menyemarakkan budaya hidup aktif dalam kalangan belia dan masyarakat setempat.
Disediakan oleh: Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMadani
Taufiq Johari Mordi Bimol Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara KBSMalaysia belia.my
MACHANG, 14 Oktober 2026 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang telah menganjurkan Program Malaysia Aktif @ Komuniti Daerah Machang Siri 1 bertempat di Klinik Kesihatan Labok, Machang dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Machang dan Klinik Kesihatan Labok pada 8 Oktober 2026.
Program ini diadakan bagi menggalakkan penglibatan komuniti dalam aktiviti fizikal dan sukan rekreasi, di samping meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan mengamalkan gaya hidup aktif dan sihat dalam kehidupan seharian. Antara aktiviti utama yang dijalankan ialah senamrobik yang melibatkan penyertaan warga komuniti dan warga Klinik Kesihatan Labok. Aktiviti ini bukan sahaja membantu meningkatkan kecergasan fizikal, malah turut mewujudkan suasana ceria serta mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan peserta.
Program Malaysia Aktif @ Komuniti ini diharap dapat menjadi platform berterusan untuk menggalakkan masyarakat menjadikan aktiviti fizikal sebagai sebahagian daripada rutin harian demi kesejahteraan diri, keluarga dan komuniti.
Disediakan oleh: Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang
MACHANG, 10 Oktober 2026 – Program Rakan Prihatin: Mobilisasi Sukarelawan Rakan Muda telah dilaksanakan bagi membantu persiapan tempat pada 9 Oktober 2026 serta menjayakan Sambutan Hari Sukan Negara (HSN) 2026 Peringkat Daerah Machang yang berlangsung pada 10 Oktober 2026 bertempat di Padang Bola Sepak Pondok Hidayah, Batu 30, Machang, Kelantan.
Program ini dilaksanakan oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang dengan kerjasama Sekolah Menengah Sains Machang sebagai usaha menggalakkan penglibatan aktif golongan anak muda dalam aktiviti kesukarelawanan, di samping memupuk semangat kerjasama, disiplin dan tanggungjawab sosial dalam kalangan generasi muda.
Pada 9 Oktober 2026, para sukarelawan telah membantu persiapan lokasi bagi memastikan kawasan program berada dalam keadaan teratur dan bersedia untuk menerima kehadiran peserta serta pengunjung. Bantuan persiapan ini merangkumi kerja-kerja penyusunan dan penyediaan kawasan program mengikut keperluan penganjuran.
Seterusnya, pada 10 Oktober 2026, sukarelawan turut memainkan peranan dalam menyokong kelancaran Sambutan Hari Sukan Negara 2026 Peringkat Daerah Machang. Penglibatan mereka mencerminkan komitmen anak muda dalam membantu pelaksanaan program komuniti, khususnya program yang menggalakkan amalan gaya hidup aktif dan sihat melalui aktiviti sukan serta rekreasi.
Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang merakamkan penghargaan kepada pihak Sekolah Menengah Sains Machang atas kerjasama yang diberikan serta kepada semua sukarelawan yang telah meluangkan masa dan tenaga bagi membantu menjayakan program ini.
Disediakan oleh: Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMadani Taufiq Johari Mordi Bimol Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara KBSMalaysia belia.my
MACHANG, 14 Oktober 2026 – Program Port Healing: Rakan Prihatin @ Machang 2026 telah dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang dengan kerjasama Unit Kerjaya dan Kaunseling, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Kelantan, Kampus Machang, bertempat di Padang Bola Sepak Pondok Hidayah, Batu 30, Machang pada 10 Oktober 2026.
Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran golongan belia mengenai kepentingan menjaga kesihatan mental serta memperkukuh kefahaman tentang isu buli, termasuk kesannya terhadap emosi, keyakinan diri dan kesejahteraan sosial seseorang. Inisiatif ini turut menjadi platform kepada golongan belia untuk mendapatkan sokongan, berkongsi pengalaman dan membina hubungan sosial yang positif dalam persekitaran yang selamat dan prihatin.
Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan sepanjang program, antaranya sesi kaunseling berkelompok yang memberi ruang kepada peserta untuk berkongsi pandangan dan pengalaman, di samping meningkatkan kesedaran tentang kepentingan mengurus emosi serta mendapatkan bantuan apabila berhadapan dengan tekanan atau masalah peribadi.
Selain itu, aktiviti terapi minda turut diadakan bagi membantu peserta merehatkan minda, mengurangkan tekanan dan membina pemikiran yang lebih positif. Aktiviti santai seperti permainan dart dan karom pula memberi peluang kepada peserta untuk berinteraksi, mengeratkan silaturahim serta mewujudkan suasana yang lebih mesra dan inklusif.
Diharapkan agar Program Port Healing: Rakan Prihatin @ Machang 2026 dapat memberikan manfaat kepada para peserta serta menjadi pemangkin kepada usaha berterusan dalam melahirkan generasi belia yang sihat dari segi mental, berdaya tahan, berakhlak dan prihatin terhadap kesejahteraan masyarakat.
Disediakan oleh: Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMadani Taufiq Johari Mordi Bimol Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara KBSMalaysia belia.my
MACHANG, 14 Oktober 2026 – Sambutan Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat Daerah Machang 2026 telah berlangsung dengan meriah di Padang Bola Sepak Pondok Hidayah, Batu 30, Machang, pada 10 Oktober 2026 dengan menghimpunkan masyarakat setempat dalam pelbagai aktiviti sukan, rekreasi dan kesihatan yang berteraskan gaya hidup aktif serta semangat perpaduan.
Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang dengan kerjasama Pejabat Tanah dan Jajahan Machang ini telah dirasmikan oleh YBrs. Encik Mohd Zamri bin Ibrahim, Ketua Jajahan Machang. Pelbagai aktiviti menarik telah disediakan bagi memberikan peluang kepada para peserta untuk mengambil bahagian secara aktif. Antara pengisian utama program ialah senamrobik, Berjalan Ria Madani, Mache Unity Fun Run, pertandingan tarik tali, sepakan penalti, sukaneka, pemeriksaan saringan kesihatan, aktiviti Mari Mencuba dan cabutan bertuah.
Sambutan Hari Sukan Negara merupakan inisiatif penting dalam membudayakan sukan sebagai gaya hidup masyarakat, di samping meningkatkan tahap kecergasan fizikal dan kesejahteraan mental. Penglibatan pelbagai lapisan masyarakat dalam program seumpama ini diharap dapat menyemai minat terhadap aktiviti sukan secara berterusan serta melahirkan komuniti yang lebih sihat, aktif dan bersatu padu.
Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Pejabat Tanah dan Jajahan Machang, semua pihak yang terlibat, para sukarelawan serta masyarakat setempat atas kerjasama dan sokongan dalam menjayakan Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Machang 2026.
Disediakan oleh: Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMadani Taufiq Johari Mordi Bimol Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara KBSMalaysia belia.my
10 September 2026 Sek. Men. Keb. Ugama (A) Darussalam
Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai melaksanakan sesi pemantauan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) bagi memastikan pelaksanaan program pembangunan remaja di peringkat daerah berjalan mengikut ketetapan serta mencapai objektif yang ditetapkan.
Pemantauan tersebut turut memberi tumpuan kepada perkembangan peserta dalam melaksanakan aktiviti yang ditetapkan, termasuk aspek pembangunan diri, kemahiran, khidmat masyarakat dan penglibatan dalam aktiviti fizikal serta rekreasi. Inisiatif berkenaan penting bagi memastikan peserta bukan sahaja melengkapkan keperluan ARPRM, malah memperoleh pengalaman dan kemahiran yang dapat membentuk sahsiah, keyakinan diri serta semangat kesukarelawanan. Pelaksanaan pemantauan secara berkala turut menjadi medium bagi memberi bimbingan dan sokongan kepada peserta dalam memastikan mereka dapat menyelesaikan setiap peringkat ARPRM dengan baik, sekali gus melahirkan generasi remaja yang aktif, berdaya saing dan mampu menyumbang kepada komuniti.
Disediakan Oleh : Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai
KUALA KRAI, Seramai 30 pelajar SMU (A) Darus Salam, Peria menyertai Program Generasi Aktif Inovasi Lestari Peringkat Daerah Kuala Krai 2026 yang berlangsung di Gua Ikan, Dabong, di sini. Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai dengan kerjasama Kelab Rakan Muda Bandar Kuala Krai itu bertujuan meningkatkan kesedaran belia terhadap matlamat hidup serta tanggungjawab kepada diri, keluarga, agama, bangsa dan alam sekitar.
Penganjuran program berkenaan turut memberi ruang kepada peserta menerapkan nilai tanggungjawab sosial dan kesedaran terhadap kelestarian alam sekitar melalui pengalaman pembelajaran secara langsung di luar bilik darjah. Turut menyertai program ialah Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai, Puan Rosnani binti Haji Abdullah Zawawi dan Pemimpin Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Daerah Kuala Krai, Puan Aida binti Ab. Rejab. Program itu diharap dapat membentuk generasi belia yang lebih aktif, bertanggungjawab dan prihatin terhadap kelestarian alam sekitar, selaras dengan usaha memperkasa peranan belia sebagai ejen perubahan dalam komuniti.
Disediakan Oleh : Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai