PROGRAM PORT HEALING: RAKAN PRIHATIN @ MACHANG 2026 PERKASA KESEDARAN KESIHATAN MENTAL DAN ANTI-BULI DALAM KALANGAN BELIA

MACHANG, 14 Oktober 2026 – Program Port Healing: Rakan Prihatin @ Machang 2026 telah dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang dengan kerjasama Unit Kerjaya dan Kaunseling, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Kelantan, Kampus Machang, bertempat di Padang Bola Sepak Pondok Hidayah, Batu 30, Machang pada 10 Oktober 2026.

Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran golongan belia mengenai kepentingan menjaga kesihatan mental serta memperkukuh kefahaman tentang isu buli, termasuk kesannya terhadap emosi, keyakinan diri dan kesejahteraan sosial seseorang. Inisiatif ini turut menjadi platform kepada golongan belia untuk mendapatkan sokongan, berkongsi pengalaman dan membina hubungan sosial yang positif dalam persekitaran yang selamat dan prihatin.

Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan sepanjang program, antaranya sesi kaunseling berkelompok yang memberi ruang kepada peserta untuk berkongsi pandangan dan pengalaman, di samping meningkatkan kesedaran tentang kepentingan mengurus emosi serta mendapatkan bantuan apabila berhadapan dengan tekanan atau masalah peribadi.

Selain itu, aktiviti terapi minda turut diadakan bagi membantu peserta merehatkan minda, mengurangkan tekanan dan membina pemikiran yang lebih positif. Aktiviti santai seperti permainan dart dan karom pula memberi peluang kepada peserta untuk berinteraksi, mengeratkan silaturahim serta mewujudkan suasana yang lebih mesra dan inklusif.

Diharapkan agar Program Port Healing: Rakan Prihatin @ Machang 2026 dapat memberikan manfaat kepada para peserta serta menjadi pemangkin kepada usaha berterusan dalam melahirkan generasi belia yang sihat dari segi mental, berdaya tahan, berakhlak dan prihatin terhadap kesejahteraan masyarakat.

Disediakan oleh: Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMadani
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
belia.my

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-10-2026, 21:41:59

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search