- JBS Kelantan
- Hits: 2
SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA (HSN) PERINGKAT DAERAH MACHANG 2026 MERIAHKAN SEMANGAT SUKAN DAN PERPADUAN KOMUNITI
- JBS Kelantan
- Hits: 2
MACHANG, 14 Oktober 2026 – Sambutan Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat Daerah Machang 2026 telah berlangsung dengan meriah di Padang Bola Sepak Pondok Hidayah, Batu 30, Machang, pada 10 Oktober 2026 dengan menghimpunkan masyarakat setempat dalam pelbagai aktiviti sukan, rekreasi dan kesihatan yang berteraskan gaya hidup aktif serta semangat perpaduan.
Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang dengan kerjasama Pejabat Tanah dan Jajahan Machang ini telah dirasmikan oleh YBrs. Encik Mohd Zamri bin Ibrahim, Ketua Jajahan Machang.
Pelbagai aktiviti menarik telah disediakan bagi memberikan peluang kepada para peserta untuk mengambil bahagian secara aktif. Antara pengisian utama program ialah senamrobik, Berjalan Ria Madani, Mache Unity Fun Run, pertandingan tarik tali, sepakan penalti, sukaneka, pemeriksaan saringan kesihatan, aktiviti Mari Mencuba dan cabutan bertuah.
Sambutan Hari Sukan Negara merupakan inisiatif penting dalam membudayakan sukan sebagai gaya hidup masyarakat, di samping meningkatkan tahap kecergasan fizikal dan kesejahteraan mental. Penglibatan pelbagai lapisan masyarakat dalam program seumpama ini diharap dapat menyemai minat terhadap aktiviti sukan secara berterusan serta melahirkan komuniti yang lebih sihat, aktif dan bersatu padu.
Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Pejabat Tanah dan Jajahan Machang, semua pihak yang terlibat, para sukarelawan serta masyarakat setempat atas kerjasama dan sokongan dalam menjayakan Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Machang 2026.
Disediakan oleh: Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMadani
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
belia.my
