PEMANTAUAN ARPRM PASTIKAN PEMBANGUNAN REMAJA LEBIH BERKESAN

  10 September 2026
  Sek. Men. Keb. Ugama (A) Darussalam

Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai melaksanakan sesi pemantauan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) bagi memastikan pelaksanaan program pembangunan remaja di peringkat daerah berjalan mengikut ketetapan serta mencapai objektif yang ditetapkan.

Pemantauan tersebut turut memberi tumpuan kepada perkembangan peserta dalam melaksanakan aktiviti yang ditetapkan, termasuk aspek pembangunan diri, kemahiran, khidmat masyarakat dan penglibatan dalam aktiviti fizikal serta rekreasi.
Inisiatif berkenaan penting bagi memastikan peserta bukan sahaja melengkapkan keperluan ARPRM, malah memperoleh pengalaman dan kemahiran yang dapat membentuk sahsiah, keyakinan diri serta semangat kesukarelawanan.
Pelaksanaan pemantauan secara berkala turut menjadi medium bagi memberi bimbingan dan sokongan kepada peserta dalam memastikan mereka dapat menyelesaikan setiap peringkat ARPRM dengan baik, sekali gus melahirkan generasi remaja yang aktif, berdaya saing dan mampu menyumbang kepada komuniti.

Disediakan Oleh :
Urus Setia Portal
Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai

#TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #teamPBSDKualaKrai #RakanMuda

Taufiq Johari
Mordi Bimol
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-10-2026, 21:41:59

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search