MACHANG, 5 Oktober 2026 – Jabatan Belia dan Sukan Negeri (JBSN) Kelantan telah mengadakan Perhimpunan Bulanan Bil. 4/2026 bertempat di Dewan Malaysia, JBSN Kelantan, pada 4 Oktober 2026.
Perhimpunan bulanan ini merupakan antara medium penting dalam memperkukuh hubungan serta semangat kerja berpasukan dalam kalangan warga JBSN Kelantan, di samping menjadi platform untuk menyampaikan amanat dan hala tuju jabatan kepada seluruh warga kerja.
Majlis dimulakan dengan sesi bergambar yang melibatkan warga kerja JBSN Kelantan, diikuti dengan ucapan amanat oleh YBrs. Encik Mohd Saipuddin bin Zakaria, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Turut diadakan ialah penyampaian Anugerah Pekerja Terbaik Bulanan, sebagai penghargaan dan pengiktirafan kepada warga kerja yang menunjukkan prestasi, komitmen serta dedikasi cemerlang dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan.
Perhimpunan kali ini turut disertai oleh semua pegawai dari Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Machang, yang hadir bagi bersama-sama menjayakan perhimpunan serta mengeratkan hubungan antara warga kerja di JBSN Kelantan.
Disediakan oleh: Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMadani Taufiq Johari Mordi Bimol Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara KBSMalaysia belia.my
MACHANG, 5 Oktober 2026 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang terus memperkasakan golongan belia menerusi penganjuran Program Rakan Mahir: Skills for Life @ Daerah Machang 2026 (Asas Solekan) yang berlangsung di Dewan HRDA, UiTM Cawangan Kelantan Kampus Machang pada 3 Oktober 2026.
Program ini menghimpunkan seramai 30 orang peserta yang berpeluang mengikuti sesi pembelajaran dan latihan praktikal berkaitan kemahiran asas solekan.
Peserta didedahkan dengan pengetahuan berkaitan penggunaan peralatan dan produk solekan, teknik asas solekan serta kaedah menghasilkan solekan yang kemas dan bersesuaian mengikut keperluan. Penganjuran program ini bukan sahaja memberi peluang kepada peserta memperoleh kemahiran baharu, malah menjadi platform untuk mencungkil potensi, meningkatkan keyakinan diri serta meneroka kemahiran yang berpotensi dikembangkan sebagai satu bentuk aktiviti ekonomi dan keusahawanan pada masa hadapan.
Disediakan oleh: Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Suakn Daerah Machang
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMadani
Taufiq Johari Mordi Bimol Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara KBSMalaysia belia.my
MACHANG, 1 Oktober 2026 – Satu perbincangan antara Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Machang bersama Pejabat Tanah dan Jajahan (PTJ) Machang telah diadakan pada hari ini bertempat di Bilik Ketua Penolong Ketua Jajahan (Pembangunan), PTJ Machang.
Perbincangan tersebut memberi tumpuan kepada persiapan dan pelaksanaan Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat Daerah Machang 2026, khususnya berkaitan aspek kerjasama, penyelarasan serta sokongan pihak berkepentingan bagi memastikan penganjuran program dapat dilaksanakan dengan lancar dan teratur.
PBSD Machang diketuai oleh Puan Siti Azura binti Abdullah, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Machang, bersama Encik Mohd Zul Izudin bin Samat, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Machang, serta Encik Zaharuddin bin Zainal, Pegawai Pembangunan Sukan Daerah Machang.
Manakala, PTJ Machang diwakili oleh Encik Nik Muhamad Azmi bin Mohd Nor, Ketua Penolong Ketua Jajahan (Pembangunan) dan Encik Mohd Saifful bin Deraman, Penolong Akauntan PTJ Machang.
PBSD Machang merakamkan penghargaan kepada pihak PTJ Machang atas kerjasama dan komitmen yang diberikan dalam menjayakan usaha memperkasakan agenda sukan di peringkat daerah. Disediakan oleh: Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMadani
Taufiq Johari Mordi Bimol Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara KBSMalaysia belia.my
MACHANG, 1 Oktober 2026 – Kelab Belia Bandar Machang telah melaksanakan aktiviti memasukkan dan melepaskan anak ikan talapia ke dalam kolam bagi Projek Penternakan Ikan Talapia di bawah Program Agrobelia Lestari pada 29 September 2026 bertempat di Kampung Lalang Luas, Joh, Labok, Machang, Kelantan.
Dalam aktiviti tersebut, anak-anak ikan talapia telah dimasukkan dan dilepaskan ke dalam kolam yang disediakan sebagai permulaan kepada fasa penternakan projek. Proses pelepasan dilaksanakan dengan mengambil kira keadaan anak ikan dan kesesuaian persekitaran kolam bagi membantu memastikan proses penyesuaian ikan berjalan dengan baik.
Program AgroBelia Lestari ini turut memberi penekanan kepada aspek pengurusan projek secara berterusan, termasuk pemantauan pertumbuhan ikan, pengurusan kualiti air, pemberian makanan serta penjagaan kolam sepanjang tempoh penternakan.
Projek penternakan ikan talapia ini juga diharapkan dapat berkembang sebagai satu aktiviti ekonomi yang berpotensi memberikan manfaat kepada peserta dan komuniti setempat serta menyokong usaha memperkasakan golongan belia melalui aktiviti berasaskan agro yang lestari.
Disediakan oleh: Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMadani
Taufiq Johari Mordi Bimol Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara KBSMalaysia belia.my
PASIR PUTEH, 27 SEPTEMBER 2026 – Program Rakan Mahir: Skills for Life (Bengkel Asas Gunting Rambut Lelaki) telah berjaya dilaksanakan pada 26 September 2026 di Masjid Jamek Ibrahimi, Pasir Puteh dengan penyertaan seramai 33 orang peserta. Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Kolej Komuniti Kok Lanas sebagai usaha memberikan pendedahan dan kemahiran praktikal kepada peserta dalam bidang dandanan rambut, khususnya teknik asas gunting rambut lelaki.
Bengkel tersebut telah dikendalikan oleh Encik Zulhafizuddeen bin Ab Rahman, tenaga pengajar Kolej Komuniti Kok Lanas yang memberikan tunjuk ajar secara teori dan amali berkaitan asas penggunaan peralatan, teknik menggunting rambut serta kaedah pengendalian yang betul dan selamat.
Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Al-Fadhil Ustaz Mohamad Amar Shaifudain bin Fauzi, Imam Muda Masjid Jamek Ibrahimi Pasir Puteh dan turut sama Encik Amreezal bin Abdul Kadir, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh. Pelaksanaan program ini memberikan peluang kepada peserta untuk mempelajari kemahiran baharu yang boleh dimanfaatkan dalam kehidupan seharian, di samping membuka ruang kepada mereka untuk mengembangkan kemahiran ke arah keusahawanan dan menjana pendapatan pada masa akan datang.
Program Rakan Mahir: Skills for Life @ Pasir Puteh turut mencerminkan usaha berterusan dalam memperkasakan golongan muda dengan kemahiran praktikal yang relevan, sekali gus membentuk individu yang lebih berkeyakinan, berdikari dan berdaya saing.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI
Taufiq Johari Mordi Bimol Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara KBSMalaysia Rakan Muda
PASIR PUTEH, 27 SEPTEMBER 2026 – Seramai 80 peserta Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Peringkat Perak dan Gangsa dari daerah Pasir Puteh telah menyertai Majlis Pentauliahan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Peringkat Negeri Kelantan yang berlangsung pada 23 September 2026 di Dewan Wawasan, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan.
Peserta ini terdiri daripada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tok Janggut dan Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh bersama guru pengiring.
Majlis pentauliahan tersebut telah dirasmikan oleh YABrs Puan Hajah Siti Norina Binti Muhamad, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan. Penganugerahan ini merupakan satu pengiktirafan terhadap komitmen, usaha dan penglibatan para peserta dalam melaksanakan aktiviti pembangunan diri, khidmat masyarakat serta aktiviti kemahiran dan fizikal/kecergasan yang menjadi sebahagian daripada program ARPRM.
Penyertaan dalam program ini memberikan impak positif kepada para peserta, khususnya dalam membentuk keyakinan diri, kepimpinan, disiplin, semangat kesukarelawanan, kemahiran bekerja dalam pasukan serta rasa tanggungjawab terhadap masyarakat.
Majlis ini turut menjadi satu pengalaman bermakna kepada para peserta kerana kejayaan menerima pentauliahan bukan sahaja menjadi pengiktirafan terhadap usaha mereka, malah menjadi motivasi untuk terus aktif dalam aktiviti pembangunan sahsiah dan kemasyarakatan pada masa akan datang.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI
Taufiq Johari Mordi Bimol Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara KBSMalaysia Rakan Muda
PASIR PUTEH, 20 SEPTEMBER 2026 – Program Pengurusan Organisasi (PPO) Peringkat Daerah Pasir Puteh telah berkampung selama tiga hari dua malam, dari 17 hingga 19 September 2026 di Bukit Keluang Beach Resort, Besut, Terengganu, telah berjaya menghimpunkan seramai 30 peserta daripada persatuan/ kelab belia di daerah Pasir Puteh
Program ini memberi penekanan terhadap aspek kepimpinan, komunikasi, pengurusan organisasi serta kemahiran pentadbiran yang menjadi asas penting dalam memastikan sesebuah organisasi dapat ditadbir secara sistematik dan berkesan. Sepanjang program, para peserta telah diberi pendedahan berkaitan kepimpinan dan kemahiran komunikasi, penyediaan kertas kerja serta pengurusan kewangan, selain pengurusan mesyuarat dan dokumentasi organisasi.
Peserta turut terlibat dalam pembentangan kumpulan yang memberi peluang kepada mereka mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari sepanjang program dalam situasi sebenar pengurusan organisasi. Turut diadakan sesi perkongsian bersama Pejabat Pendaftar Pertubuhan yang memberikan penerangan berkaitan aspek pelaporan organisasi, termasuk tatacara penghantaran MYKD, serta sesi bersama Institut Penyelidikan Pembangunan Belia (IYRES) berkaitan kaedah pengumpulan data dan perekodan maklumat organisasi.
Program ini bukan sahaja memberi ruang kepada peserta meningkatkan kemahiran pengurusan, malah menjadi platform untuk memperkukuh jaringan kerjasama, perkongsian pengalaman dan komunikasi dalam kalangan penggerak organisasi di peringkat daerah.
Majlis Perasmian Penutupan telah disempurnakan oleh YABrs Encik Mohd Saipuddin bin Zakaria, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Turut hadir Encik Amreezal bin Abdul Kadir, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh. Pelaksanaan program ini diharapkan dapat melahirkan barisan penggerak organisasi yang lebih berpengetahuan, kompeten dan berkeyakinan dalam mengurus tadbir organisasi masing-masing, sekali gus memperkukuh peranan pertubuhan belia dan sukan dalam pembangunan komuniti di daerah Pasir Puteh.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI
Taufiq Johari Mordi Bimol Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara KBSMalaysia Rakan Muda
TUMPAT, 28 SEPTEMBER 2026 – Kelab Anak Muda Bandar Tumpat dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tumpat telah menganjurkan Program Sinergi Membina Belia Berjaya pada 26 September 2026 bertempat di Kampung Baru Pak Hussin.
Kelab Belia Kg Baru Pak Hussin telah merangkul Johan bagi Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Kategori Pertubuhan Peringkat Kebangsaan bagi tahun 2024. Kunjungan dari ahli kelab belia Tumpat bersama ahli Kelab Belia Kg Baru Pak Hussin ini adalah bertujuan untuk bertemu mata dan menjadi medan interaksi dan perkongsian ilmu dalam usaha mengenal pasti potensi belia dalam berpersatuan.
Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tumpat ini memberi penekanan kepada pembangunan potensi belia secara menyeluruh merangkumi aspek kepimpinan, sahsiah, kemahiran dan penglibatan aktif dalam komuniti. Program ini turut menggalakkan peserta meningkatkan kemahiran komunikasi, bekerja secara berpasukan serta sukarelawanan.
Melalui program seumpama ini, golongan belia bukan sahaja diberi ruang untuk menerima ilmu dan pengalaman, malah turut digalakkan menjadi sebahagian daripada penyelesaian kepada isu serta cabaran yang dihadapi komuniti.
Diharapkan Program Sinergi Membina Belia Berjaya dapat menjadi pemangkin kepada pembentukan belia yang berilmu, berkemahiran, berintegriti, berdaya saing dan bersedia memimpin perubahan positif dalam komuniti. Program ini juga menjadi platform strategik dalam memperkukuh pembangunan golongan belia melalui kerjasama dan sinergi pelbagai pihak bagi melahirkan generasi muda yang berilmu, berkemahiran, berdaya tahan serta mampu menyumbang kepada pembangunan komuniti dan negara.
Turut hadir ke program ini ialah Encik Mazlan bin Mohd Ariffin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas, Nur Aliaa binti Wan Johan, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas, Encik Mohamad Saupi bin Ibrahim, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tumpat, Puan Mimi Marini binti Mahmood, Pembantu Belia dan Sukan Daerah Tumpat , Encik Mohammad Raymie bin Ab Razak, Pengerusi Kelab Belia Kg Baru Pak Hussin, Pasir Mas dan Muhammad Amirul bin Mohammad Jusoh, Pengerusi Kelab Anak Muda Bandar Tumpat.
TUMPAT, 24 September 2026 – Kem Belia Peringkat Daerah Tumpat Tahun 2026 yang berlangsung selama tiga hari bermula dari 20 hingga 22 September 2026 di Damai Village Resort, Pantai Cahaya Bulan (PCB) berjaya menghimpunkan seramai 50 orang peserta yang terdiri daripada lima buah sekolah daerah Tumpat dalam suasana pembelajaran, perkongsian ilmu dan pembentukan sahsiah yang lebih interaktif.
Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tumpat dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Tumpat dan Kelab Anak Muda Bandar Tumpat ini memberi penekanan terhadap pembangunan potensi diri, kepimpinan, disiplin, jati diri serta kesedaran belia terhadap cabaran semasa yang boleh mempengaruhi kehidupan dan masa depan mereka.
Sepanjang kem berlangsung, peserta didedahkan dengan pelbagai aktiviti Latihan Dalam Kumpulan (LDK) yang dirangka bagi meningkatkan kemahiran komunikasi, kerja berpasukan, kepimpinan, penyelesaian masalah serta keyakinan diri. Pengisian turut diperkukuhkan menerusi sesi ceramah dan perkongsian ilmu daripada beberapa agensi strategik termasuk Institut Penyelidikan dan Pengurusan Belia (IYRES/IPSAS), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Pejabat Kesihatan.
Sesi bersama agensi tersebut memberi pendedahan kepada peserta berkaitan pembangunan belia, keselamatan dan pencegahan jenayah, penyalahgunaan dadah serta kepentingan penjagaan kesihatan dan kesejahteraan diri. Menariknya, peserta turut berpeluang mengikuti sesi perkongsian pengalaman bersama Encik Kamaruzaman bin Mohd Yusof yang merupakan bekas mentor Pemimpin Anugerah Remaja Perdana (ARPRM). Beliau telah memberikan suntikan motivasi serta perspektif berkaitan kepentingan pendidikan, pembentukan sahsiah dan usaha membina masa depan yang lebih baik.
Pendekatan yang menggabungkan aktiviti praktikal, perkongsian pengalaman dan input daripada agensi kerajaan ini memberi ruang kepada peserta untuk memahami bahawa pembangunan belia bukan sahaja tertumpu kepada pencapaian akademik, malah turut merangkumi aspek kepimpinan, sahsiah, kesihatan, keselamatan dan tanggungjawab sosial.
Kem Belia ini turut menjadi platform untuk membina hubungan positif dalam kalangan peserta serta memupuk semangat saling menghormati, bekerjasama dan mengambil berat terhadap rakan serta komuniti.
Penganjuran program ini mencerminkan komitmen Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tumpat dalam memperkukuh pembangunan generasi muda melalui program yang bersifat holistik, berinformasi dan berorientasikan pengalaman. Majlis perasmian penutup kem telah disempurnakan oleh Encik Muhammad Asmadi bin Husain, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah, Unit Pendidikan Islam Pejabat Pendidikan Daerah Tumpat.
Diharapkan pengalaman serta ilmu yang diperoleh sepanjang tiga hari kem dapat diterjemahkan dalam kehidupan seharian dan seterusnya melahirkan belia yang berkeyakinan, berdisiplin, berdaya tahan, berilmu dan bersedia menjadi penggerak positif dalam komuniti.