- JBS Kelantan
- Hits: 2
RAKAN MAHIR: SKILLS FOR LIFE @ DAERAH MACHANG 2026 – ASAS SOLEKAN
- JBS Kelantan
- Hits: 2
MACHANG, 5 Oktober 2026 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang terus memperkasakan golongan belia menerusi penganjuran Program Rakan Mahir: Skills for Life @ Daerah Machang 2026 (Asas Solekan) yang berlangsung di Dewan HRDA, UiTM Cawangan Kelantan Kampus Machang pada 3 Oktober 2026.
Program ini menghimpunkan seramai 30 orang peserta yang berpeluang mengikuti sesi pembelajaran dan latihan praktikal berkaitan kemahiran asas solekan.
Peserta didedahkan dengan pengetahuan berkaitan penggunaan peralatan dan produk solekan, teknik asas solekan serta kaedah menghasilkan solekan yang kemas dan bersesuaian mengikut keperluan.
Penganjuran program ini bukan sahaja memberi peluang kepada peserta memperoleh kemahiran baharu, malah menjadi platform untuk mencungkil potensi, meningkatkan keyakinan diri serta meneroka kemahiran yang berpotensi dikembangkan sebagai satu bentuk aktiviti ekonomi dan keusahawanan pada masa hadapan.
Disediakan oleh: Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Suakn Daerah Machang
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMadani
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
belia.my
