PROGRAM RAKAN MAHIR : SKILLS FOR LIFE @ PASIR PUTEH CUNGKIL KEMAHIRAN ASAS GUNTING RAMBUT LELAKI

PASIR PUTEH, 27 SEPTEMBER 2026 – Program Rakan Mahir: Skills for Life (Bengkel Asas Gunting Rambut Lelaki) telah berjaya dilaksanakan pada 26 September 2026 di Masjid Jamek Ibrahimi, Pasir Puteh dengan penyertaan seramai 33 orang peserta.
Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Kolej Komuniti Kok Lanas sebagai usaha memberikan pendedahan dan kemahiran praktikal kepada peserta dalam bidang dandanan rambut, khususnya teknik asas gunting rambut lelaki.

Bengkel tersebut telah dikendalikan oleh Encik Zulhafizuddeen bin Ab Rahman, tenaga pengajar Kolej Komuniti Kok Lanas yang memberikan tunjuk ajar secara teori dan amali berkaitan asas penggunaan peralatan, teknik menggunting rambut serta kaedah pengendalian yang betul dan selamat.

Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Al-Fadhil Ustaz Mohamad Amar Shaifudain bin Fauzi, Imam Muda Masjid Jamek Ibrahimi Pasir Puteh dan turut sama Encik Amreezal bin Abdul Kadir, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh.
Pelaksanaan program ini memberikan peluang kepada peserta untuk mempelajari kemahiran baharu yang boleh dimanfaatkan dalam kehidupan seharian, di samping membuka ruang kepada mereka untuk mengembangkan kemahiran ke arah keusahawanan dan menjana pendapatan pada masa akan datang.

Program Rakan Mahir: Skills for Life @ Pasir Puteh turut mencerminkan usaha berterusan dalam memperkasakan golongan muda dengan kemahiran praktikal yang relevan, sekali gus membentuk individu yang lebih berkeyakinan, berdikari dan berdaya saing.

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI

Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
Rakan Muda

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-10-2026, 21:41:59

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search