- JBS Kelantan
- Hits: 24
ARPRM PASIR PUTEH PERKASA SAHSIAH DAN KEPIMPINAN REMAJA
- JBS Kelantan
- Hits: 24
PASIR PUTEH, 27 SEPTEMBER 2026 – Seramai 80 peserta Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Peringkat Perak dan Gangsa dari daerah Pasir Puteh telah menyertai Majlis Pentauliahan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Peringkat Negeri Kelantan yang berlangsung pada 23 September 2026 di Dewan Wawasan, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan.
Peserta ini terdiri daripada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tok Janggut dan Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh bersama guru pengiring.
Majlis pentauliahan tersebut telah dirasmikan oleh YABrs Puan Hajah Siti Norina Binti Muhamad, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan. Penganugerahan ini merupakan satu pengiktirafan terhadap komitmen, usaha dan penglibatan para peserta dalam melaksanakan aktiviti pembangunan diri, khidmat masyarakat serta aktiviti kemahiran dan fizikal/kecergasan yang menjadi sebahagian daripada program ARPRM.
Penyertaan dalam program ini memberikan impak positif kepada para peserta, khususnya dalam membentuk keyakinan diri, kepimpinan, disiplin, semangat kesukarelawanan, kemahiran bekerja dalam pasukan serta rasa tanggungjawab terhadap masyarakat.
Majlis ini turut menjadi satu pengalaman bermakna kepada para peserta kerana kejayaan menerima pentauliahan bukan sahaja menjadi pengiktirafan terhadap usaha mereka, malah menjadi motivasi untuk terus aktif dalam aktiviti pembangunan sahsiah dan kemasyarakatan pada masa akan datang.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
Rakan Muda
