KELAB BELIA LEPAH JATI TERIMA SIJIL PENDAFTARAN , PERKUKUH GERAK KERJA ORGANISASI BELIA DI PASIR PUTEH

PASIR PUTEH, 20 SEPTEMBER 2026 – Program Pengurusan Organisasi (PPO) Peringkat Daerah Pasir Puteh telah berkampung selama tiga hari dua malam, dari 17 hingga 19 September 2026 di Bukit Keluang Beach Resort, Besut, Terengganu, telah berjaya menghimpunkan seramai 30 peserta daripada persatuan/ kelab belia di daerah Pasir Puteh

Program ini memberi penekanan terhadap aspek kepimpinan, komunikasi, pengurusan organisasi serta kemahiran pentadbiran yang menjadi asas penting dalam memastikan sesebuah organisasi dapat ditadbir secara sistematik dan berkesan.
Sepanjang program, para peserta telah diberi pendedahan berkaitan kepimpinan dan kemahiran komunikasi, penyediaan kertas kerja serta pengurusan kewangan, selain pengurusan mesyuarat dan dokumentasi organisasi.

Peserta turut terlibat dalam pembentangan kumpulan yang memberi peluang kepada mereka mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari sepanjang program dalam situasi sebenar pengurusan organisasi.
Turut diadakan sesi perkongsian bersama Pejabat Pendaftar Pertubuhan yang memberikan penerangan berkaitan aspek pelaporan organisasi, termasuk tatacara penghantaran MYKD, serta sesi bersama Institut Penyelidikan Pembangunan Belia (IYRES) berkaitan kaedah pengumpulan data dan perekodan maklumat organisasi.

Program ini bukan sahaja memberi ruang kepada peserta meningkatkan kemahiran pengurusan, malah menjadi platform untuk memperkukuh jaringan kerjasama, perkongsian pengalaman dan komunikasi dalam kalangan penggerak organisasi di peringkat daerah.

Majlis Perasmian Penutupan telah disempurnakan oleh YABrs Encik Mohd Saipuddin bin Zakaria, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Turut hadir Encik Amreezal bin Abdul Kadir, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh.
Pelaksanaan program ini diharapkan dapat melahirkan barisan penggerak organisasi yang lebih berpengetahuan, kompeten dan berkeyakinan dalam mengurus tadbir organisasi masing-masing, sekali gus memperkukuh peranan pertubuhan belia dan sukan dalam pembangunan komuniti di daerah Pasir Puteh.

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI

Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
Rakan Muda

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-10-2026, 21:41:59

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search