- JBS Kelantan
- Hits: 9
KEJOHANAN PETANQUE TERBUKA RLPC 2026 MERIAHKAN ARENA PETANQUE UiTM CAWANGAN KELANTAN KAMPUS MACHANG
MACHANG, 21 September 2026 – Kejohanan Petanque Terbuka Red Lion Petanque Club (RLPC) 2026 telah berlangsung dengan meriah pada 19 September 2026 bertempat di Arena Petanque, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Kelantan, Kampus Machang.
Kejohanan ini menghimpunkan sebanyak 54 pasukan yang terdiri daripada peserta dari seluruh negeri Kelantan serta turut disertai pasukan dari Daerah Besut, Terengganu, sekali gus mencerminkan sambutan dan minat yang menggalakkan terhadap sukan petanque dalam kalangan komuniti setempat dan pemain dari luar daerah.
Penganjuran kejohanan ini turut mendapat sokongan melalui Dana Sukan Komuniti berjumlah RM4,000.00, di bawah Kelulusan Dana Sukan Komuniti (DSK) Jendela 3 Tahun 2026. Peruntukan tersebut merupakan antara bentuk sokongan dalam memperkasa aktiviti sukan komuniti serta menggalakkan penglibatan masyarakat dalam aktiviti riadah yang sihat dan berdaya saing.
Sebagai sebahagian daripada program, turut diadakan simbolik penyerahan cek cura Dana Sukan Komuniti berjumlah RM4,000.00. Cek cura tersebut diserahkan oleh Puan Siti Azura binti Abdullah, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Machang kepada Presiden Red Lion Petanque Club (RLPC) sebagai simbolik sokongan terhadap penganjuran aktiviti sukan komuniti dan pembangunan sukan petanque di peringkat akar umbi.
Penganjuran Kejohanan Petanque Terbuka RLPC 2026 diharap dapat menjadi platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara pemain, kelab-kelab petanque serta komuniti dari pelbagai daerah, di samping mencungkil bakat baharu dan memperluas penyertaan masyarakat dalam sukan petanque.
Disediakan oleh: Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMadani
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
belia.my
- JBS Kelantan
- Hits: 9
