BENGKEL (SUMBER PENDAPATAN MELALUI AI) BERI RUANG BELIA DAERAH JELI TINGKATKAN MAKLUMAT

JELI, 10 September 2026 – Majlis Belia Jajahan Jeli dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli telah menganjurkan Bengkel AI (Sumber Pendapatan Melalui AI) pada 9 September 2026 (Rabu), bertempat di Maklmal Komputer Kolej Komuniti Jeli.

Penceramah bagi bengkel ini ialah En Zulikflle bin Abdul Rahim, yang berkongsi ilmu serta pengalaman berkaitan teknik menggunakan keadah AI untuk mencari sumber pendapatan.

Antara pengisian bengkel adalah berkaitan Generative AI, Mitos vs Realiti, AI Tools percuma dan Premium (Cht GPT, Claude,Gemini), seni ”Prompt Engineering & Penciptaan kandungan, cara menulis prompt, E Book dan Skrip Video dalam masa 10 minit, Hands on Menjana seni visual (A I Art), untuk cetakan baju (Print-on-Demand).

Bengkel ini telah mendapat sambutan yang baik dengan penyertaan seramai 32 orang belia di sekitar Jeli. Program sebegini memberi peluang kepada golongan belia untuk meningkatkan kemahiran berkaitan AI, memberi pendedahan pelbagai alatan AI (AI Tools) terkini yang boleh digunakan untuk menjana pendapatan.

Penganjuran bengkel ini diharap dapat melahirkan lebih ramai belia yang berkeyakinan, berketerampilan dan mampu mengaplikasikan kemahiran IT yang diperoleh dalam aktiviti kemasyarakatan.

Majlis perasmian bengkel ini telah disempuranakan oleh YBrs En Mohd Hafizi bin Hanapi, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jeli, turut hadir YBrs Puan Anum Bazilla bt Md Khairul anwar, Pegawai Perhubungan Industri Kolej Komuniti Jeli dan YBrs En Supian bin Hassan, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jeli.

Disediakan oleh : Urus setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli.

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif
#Taufiq Johari
#Mordi Bimol
#Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara #KBSMalaysia
#JBSNegara
#belia.my

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-10-2026, 21:41:59

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search