MAJLIS PERUNDINGAN BELIA NEGARA PERINGKAT NEGERI KELANTAN PLATFORM PERKASA SUARA DAN ASPIRASI BELIA

KOTA BHARU, 15 September 2026 – Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Peringkat Negeri Kelantan Sidang II, Penggal Ke-35, Sesi 2025–2026 telah diadakan hari ini bertempat di Dewan Sri Makmur I, H Elite Design Hotel, Kota Bharu.
Persidangan ini menjadi platform penting bagi menghimpunkan pemimpin serta wakil belia negeri Kelantan untuk membincangkan isu, aspirasi dan agenda pembangunan belia, selain memberi ruang kepada golongan belia menyuarakan pandangan serta cadangan berkaitan kepentingan generasi muda.

Majlis dimulakan dengan ketibaan Dr. Wan Nur Ibtisam Binti Wan Ismail, Pengarah Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan dan YB. Zamakhshari bin Muhamad, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat Negeri Kelantan yang juga merupakan Pengerusi Bersama Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Negeri Kelantan.

Hadir sama En. Mohd Saipuddin bin Zakaria, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan, serta saudara Khairul Azhar bin Kamaruzaman, Presiden Majlis Gabungan Belia Kelantan (MGBK) bersama barisan pengurusan tertinggi JBSNK.
Antara pengisian utama persidangan ialah Pembentangan Kertas Kerja I bertajuk “Ekonomi Jingga: Menjana Peluang Pekerjaan dalam Industri Kreatif Belia Negeri Kelantan” yang dibentangkan oleh pihak Universiti Malaysia Kelantan (UMK). Selain itu, Kertas Kerja II bertajuk “TVET: Kebolehpasaran Graduan TVET; Cabaran dan Harapan” turut dibentangkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran Wilayah Timur.

Persidangan turut melibatkan Pembentangan Laporan MPBN Sidang I, Penggal Ke-35, Sesi 2025–2026, diikuti pembentangan dan perbahasan usul MPBN Sidang II serta sesi maklum balas daripada agensi kerajaan.
Penganjuran MPBN ini mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkukuh peranan belia sebagai rakan strategik pembangunan negeri, di samping memastikan suara, pandangan dan aspirasi generasi muda terus diberi perhatian dalam pembentukan dasar serta agenda pembangunan belia di Kelantan.

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif

Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara a
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my

Disediakan Oleh : Urus Setia Media Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-10-2026, 21:41:59

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search