- JBS Kelantan
- Hits: 22
PERBINCANGAN PETUGAS KECEMASAN DAN PENGURUSAN PERTANDINGAN ACARA TARIK TALI SEMPENA HARI SUKAN NEGARA (HSN) PERINGKAT DAERAH MACHANG 2026
- JBS Kelantan
- Hits: 22
MACHANG, 21 September 2026 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Machang telah mengadakan perbincangan bersama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Machang pada 13 September 2026 berkaitan persediaan petugas kecemasan dan pengurusan pertandingan bagi acara tarik tali sempena Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat Daerah Machang 2026.
Perbincangan yang berlangsung di Pejabat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Daerah Machang itu melibatkan Puan Siti Azura binti Abdullah, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Machang, bersama Lt (PA) Ahmad Suhaizi bin Ahmad Suhaimi, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Machang.
Turut hadir dalam perbincangan tersebut ialah Encik Mohd Zul Izudin bin Samat, Penolong Pegawai Belia dan Sukan PBSD Machang dan Encik Zaharuddi bin Zainal, Pegawai Pembangunan Sukan PBSD Machang.
Pertemuan ini memberi tumpuan kepada aspek persediaan dan penyelarasan petugas kecemasan bagi memastikan keselamatan peserta serta kelancaran sepanjang HSN Peringkat Daerah Machang 2026 ini berlangsung. Perkara berkaitan pengurusan kecemasan, tindakan awal sekiranya berlaku insiden serta keperluan sokongan petugas di lokasi turut dibincangkan.
Selain itu, kedua-dua pihak turut membincangkan aspek pengurusan pertandingan dan penyelarasan tugas antara urus setia dengan pihak APM bagi memastikan perjalanan acara dapat dilaksanakan secara teratur, selamat dan lancar.
Perbincangan tersebut diharap dapat memperkukuh koordinasi antara kedua-dua agensi serta memastikan persediaan menghadapi sebarang keperluan kecemasan dapat dilaksanakan dengan baik sepanjang acara berlangsung.
Disediakan oleh: Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMadani
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
belia.my
