- JBS Kelantan
- Hits: 21
SATU RENTAK, SATU SEMANGAT MENUJU HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT DAERAH PASIR PUTEH 2026
- JBS Kelantan
- Hits: 21
PASIR PUTEH, 20 SEPTEMBER 2026 – Telah berlangsung Mesyuarat Jawatankuasa Induk Program Sambutan Hari Sukan Negara (HSN) 2026 Peringkat Daerah Pasir Puteh yang telah dipengerusikan oleh YABRS Encik Mohd Kamarulzaman bin Ab Wahab, Ketua Jajahan Pasir Puteh dengan kehadiran wakil-wakil agensi kerajaan, persatuan serta kelab belia dan sukan yang akan terlibat dalam menjayakan sambutan HSN 2026 di peringkat daerah.
Dalam mesyuarat berkenaan, Encik Amreezal bin Abdul Kadir, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh telah membentangkan cadangan pelaksanaan Program Sambutan HSN 2026 Peringkat Daerah Pasir Puteh yang merangkumi perancangan aktiviti, penglibatan agensi, persatuan dan kelab belia serta sukan, selain aspek penyelarasan logistik dan teknikal bagi memastikan perjalanan program dapat dilaksanakan dengan lancar.
Sambutan HSN 2026 Peringkat Daerah Pasir Puteh yang akan berlangsung di SMK Cherang Ruku pada 10 Oktober 2026 dijangka menghimpunkan pelbagai lapisan masyarakat melalui aktiviti sukan, kecergasan dan rekreasi yang disediakan.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
Rakan Muda
