PERBINCANGAN PENYERTAAN PESERTA MEWARNA HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT DAERAH MACHANG 2026

MACHANG, 21 September 2026 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Machang telah mengadakan sesi perbincangan bersama pihak Sekolah Kebangsaan Jambu Lawar (SKJL) pada 14 September 2026 bertempat di SKJL berkaitan penyertaan peserta dalam Pertandingan Mewarna sempena Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Machang Tahun 2026.

Perbincangan tersebut melibatkan Puan Siti Azura binti Abdullah, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Machang, bersama Encik Norasmadi bin Mohd Zawi, Guru Besar SKJL.
Sesi perbincangan ini bertujuan menyelaras penyertaan murid serta membincangkan perkara-perkara berkaitan penglibatan peserta dalam pertandingan mewarna yang akan diadakan sempena sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Machang 2026.

Kerjasama antara Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang dengan pihak sekolah amat penting bagi memastikan penyertaan murid dapat dilaksanakan dengan teratur, di samping memberikan peluang kepada murid untuk menyertai aktiviti yang menggalakkan kreativiti, semangat kesukanan dan penglibatan aktif dalam program kemasyarakatan.

Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang merakamkan penghargaan kepada pihak Sekolah Kebangsaan Jambu Lawar, khususnya Encik Norasmadi bin Mohd Zawi serta warga sekolah, atas kerjasama dan komitmen yang diberikan dalam menjayakan sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Machang Tahun 2026.

Disediakan oleh: Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMadani

Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
belia.my

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-10-2026, 21:41:59

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search