TUMPAT, 24 SEPTEMBER 2026 – Program Youth Pickleball Night Vibes yang berlangsung pada 19 September 2026 bertempat di 91 Pickleball Club House, Aeon Mall Kota Bharu telah menjadi platform bagi menggalakkan penglibatan golongan belia dalam aktiviti sukan dan gaya hidup aktif menerusi pengenalan serta pendedahan kepada sukan pickleball yang semakin mendapat perhatian masyarakat.
Program Teraju Muda Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tumpat ini memberi peluang kepada peserta untuk mengenali asas permainan pickleball, teknik permainan serta peraturan asas dalam suasana yang santai, interaktif dan menyeronokkan.
Selain meningkatkan tahap kecergasan fizikal, aktiviti ini turut memberi penekanan terhadap nilai kerjasama, disiplin, komunikasi dan semangat kesukanan dalam kalangan peserta.
Penglibatan belia dalam sukan seperti pickleball juga mampu menjadi medium riadah yang sihat di samping membuka peluang kepada mereka untuk meneroka minat dan potensi baharu dalam bidang sukan. Program ini selaras dengan usaha berterusan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tumpat untuk memperluas penyertaan belia dalam aktiviti sukan, rekreasi dan gaya hidup sihat di peringkat komuniti.
Diharapkan Program Pickleball Teraju Muda Tumpat dapat menjadi pemangkin kepada lebih banyak aktiviti sukan yang inklusif dan menarik, sekali gus membudayakan kehidupan aktif dalam kalangan generasi muda. Majlis Penyampaian hadiah dan cabutan bertuah telah disampaikan oleh Puan Hazmanita binti Che Hamid, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tumpat.
#TeamKBS #TeamJBSN #SukanUntukSemua #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #YakinBoleh
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
Rakan Muda
KBSMalaysia
Disediakan oleh: Urus Setia Portal PBSD Tumpat
- JBS Kelantan
- Hits: 30
