XPDC BERKAYAK CABARAN SUKAN REKREASI PERINGKAT NEGERI KELANTAN 2026 MERIAHKAN AKTIVITI REKREASI AIR DI HUJUNG MINGGU

PASIR PUTEH, KELANTAN - 27 September 2026, Satu ekspedisi (XPDC) kayak telah dilaksanakan pada 26 September 2026 bertempat di Kg. Tok Ajam, Pasir Puteh, Kelantan.

Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta mengenai teknik asas merancang XPDC, prosedur keselamatan di air dan pemakaian peralatan jaket keselamatan.

Taklimat dan pelepasan peserta XPDC telah disempurnakan oleh Encik Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan. XPDC sejauh 18 km yang turut disertai oleh 24 orang peserta dari pelbagai latar belakang. XPDC yang bermula dari Jambatan Kg. Tok Ajam tamat di Gate Besar Kulim dimanfaatkan sepenuhnya oleh peserta dalam masa 5 jam. 12 biji kayak yang terlibat sepanjang XPDC ini turut diiringi oleh Bot Keselamatan Balai Bomba dan Penyelamat Tok Bali.

Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Encik Mohd Saipuddin bin Zakaria, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Dalam majlis tersebut, beliau turut menyampaikan sijil penyertaan kepada para peserta yang berjaya menamatkan XPDC tersebut.

Dalam ucapannya, beliau berharap agar program seperti ini dapat diteruskan dan diperluaskan penyertaannya pada masa hadapan sebagai medium melahirkan lebih ramai golongan kayakers khususnya dalam kalangan belia Kelantan. Beliau turut menegaskan bahawa penglibatan dalam aktiviti rekreasi air bukan sahaja meningkatkan kemahiran teknikal dan keyakinan diri, malah membentuk disiplin, semangat berpasukan serta rasa tanggungjawab. Beliau juga berharap kerjasama erat antara Kelab Mendaki Terapul dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan akan terus diperkukuhkan bagi memperkasa pembangunan sukan rekreasi di negeri ini.

Turut hadir ialah PBK I Fakarudin Bin Abu Hassan, mewakili Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tok Bali, serta Encik Muhammad Fazrin bin Nor Rijam, Bendahari Kelab Mendaki Terapul.

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #HariSukanNegara #MalaysiaAktif

Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my

Disediakan Oleh : Urus Setia Portal Bahagian Pembangunan Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-10-2026, 21:41:59

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search