- JBS Kelantan
- Hits: 23
10 WAKIL DAERAH GUA MUSANG TERIMA PENTAULIAHAN PINGAT GANGSA ARPRM PERINGKAT NEGERI KELANTAN TAHUN 2026
- JBS Kelantan
- Hits: 23
KOTA BHARU, 26 SEPTEMBER 2026 – Seramai 10 orang wakil Daerah Gua Musang telah menerima pentauliahan Pingat Gangsa sempena Majlis Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2026 yang berlangsung pada 23 September 2026 bertempat di Dewan Wawasan, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan, Kota Bharu.
Daripada jumlah tersebut, lima orang peserta merupakan pelajar SMK Bandar Chiku manakala lima orang lagi dari SMK Tengku Bendahara. Selain itu, seramai empat orang pemimpin guru dari sekolah di Daerah Gua Musang turut menerima pentauliahan Pingat Pemimpin sebagai penghargaan atas komitmen dan usaha membimbing para peserta.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Puan Hajah Siti Norina binti Muhammad, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan. Turut hadir ialah Encik Mohd Saipuddin bin Zakaria, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan, Encik Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah (Sukan) JBSNK, serta wakil jabatan dan agensi kerajaan, Pegawai Belia dan Sukan Daerah dan guru pemimpin.
Seramai 1,552 peserta ARPRM seluruh negeri Kelantan telah layak menerima pentauliahan Pingat Gangsa dan Perak pada majlis tersebut. Penganugerahan ini merupakan pengiktirafan terhadap penglibatan dan pencapaian peserta dalam pelbagai aktiviti pembangunan diri yang merangkumi khidmat masyarakat, kemahiran, rekreasi fizikal dan pengembaraan.
Pencapaian ini diharapkan dapat menjadi motivasi kepada para peserta untuk terus aktif dalam program pembangunan belia serta menggalakkan lebih ramai remaja menyertai ARPRM pada masa akan datang.
Tahniah diucapkan kepada semua penerima pentauliahan dari Daerah Gua Musang atas kejayaan yang telah dicapai.
Disediakan Oleh : Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Gua Musang
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
