PROGRAM DIALOG DARE@KOMUNITI PERINGKAT NEGERI KELANTAN 2026

PASIR MAS, 27 September 2026 – Program Dialog DARE@KOMUNITI Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2026 telah berlangsung di Dewan Kompleks Apam Putra, Bandar Baru Pasir Mas, Kelantan, hari ini.

Program bertemakan “Aman, Responsif dan Empati Sosial” ini bertujuan memperkukuh semangat perpaduan, meningkatkan kefahaman serta memupuk nilai keharmonian dan empati dalam kalangan masyarakat.

Program turut menampilkan sesi dialog bersama barisan panel yang membincangkan pelbagai isu berkaitan perpaduan, keharmonian dan peranan masyarakat dalam membentuk komuniti yang inklusif serta saling menghormati.
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan turut terlibat menerusi wakil panel, En. Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah (Sukan) JBSNK yang berkongsi pandangan berkaitan peranan belia dan sukan dalam memperkukuh hubungan serta keharmonian dalam komuniti.

Program ini mencerminkan usaha berterusan dalam memperkasa masyarakat melalui nilai perpaduan, empati sosial dan semangat kebersamaan selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif

Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my

Disediakan Oleh : Urus Setia Portal Bahagian Pembangunan Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-10-2026, 21:41:59

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search