MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT DAERAH GUA MUSANG TAHUN 2026

GUA MUSANG, 26 SEPTEMBER 2026 – Mesyuarat Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Gua Musang Tahun 2026 telah diadakan pada 21 September 2026 bertempat di Dewan Persidangan Dato' Haji Ismail bin Haji Hassan, Majlis Daerah Gua Musang, Kelantan.

Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Yang Berusaha Encik Mohd. Roshdi bin Ismail, Ketua Jajahan Gua Musang. Turut hadir ialah Encik Shahabuddin bin Haji Deraman, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Gua Musang serta wakil daripada 15 agensi yang terlibat dalam menjayakan sambutan berkenaan.

Mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan perancangan, penyelarasan dan persiapan pelaksanaan Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Gua Musang Tahun 2026. Antara perkara yang dibincangkan termasuklah cadangan pengisian aktiviti sukan dan rekreasi, pembahagian tugas serta peranan setiap agensi yang terlibat bagi memastikan kelancaran program.

Selain itu, mesyuarat turut menjadi platform untuk menyelaras kerjasama antara agensi dalam aspek penyediaan logistik, keselamatan, kemudahan dan keperluan teknikal sepanjang sambutan berlangsung. Perbincangan turut memberi penekanan kepada usaha menggalakkan penglibatan masyarakat setempat dalam aktiviti sukan dan rekreasi, selaras dengan hasrat menjadikan amalan bersukan sebagai sebahagian daripada gaya hidup sihat.

Penyertaan 15 agensi dalam mesyuarat ini mencerminkan komitmen dan kerjasama erat pelbagai pihak dalam memastikan Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Gua Musang Tahun 2026 dapat dilaksanakan dengan teratur dan mencapai objektif yang ditetapkan.

Diharapkan melalui perancangan dan penyelarasan yang dilaksanakan, sambutan pada tahun ini akan dapat menarik penyertaan masyarakat daripada pelbagai lapisan umur serta meningkatkan kesedaran tentang kepentingan aktiviti fizikal demi kesejahteraan dan kesihatan bersama.

Disediakan Oleh : Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Gua Musang

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif

Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-10-2026, 21:41:59

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search