- JBS Kelantan
- Hits: 26
KEJOHANAN TENPIN BOLING WANITA WARGA EMAS PERINGKAT NEGERI KELANTAN 2026 MERIAH
- JBS Kelantan
- Hits: 26
KOTA BHARU, 26 September 2026 – Kejohanan Tenpin Boling Wanita Warga Emas Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2026 berlangsung meriah dengan penyertaan seramai 92 orang wanita warga emas daripada Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE), persatuan serta peserta perseorangan.
Kejohanan yang berlangsung di Lite Superbowl JB7, Mydin Tunjong ini dianjurkan bagi membangunkan, menggalakkan serta mempromosikan sukan tenpin boling dalam kalangan warga emas, selain membudayakan gaya hidup aktif melalui aktiviti sukan yang santai dan mudah disertai.
Sebelum pertandingan bermula, turut diadakan gimik perasmian dengan balingan boling pertama yang disempurnakan oleh YBrs. En. Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah (Sukan), Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan sekali gus menandakan bermulanya kejohanan. Pertandingan berlangsung dalam kategori individu dengan setiap peserta beraksi sebanyak tiga permainan bagi menentukan kedudukan keseluruhan.
Kejohanan ini turut menjadi platform untuk menggalakkan pembangunan sukan di peringkat akar umbi menerusi kerjasama strategik antara Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kelantan, Persatuan Tenpin Boling Negeri Kelantan serta Kelab Aerodance Dinamik. Penganjuran kejohanan turut memberi peluang kepada golongan warga emas untuk berinteraksi, mengeratkan silaturahim serta kekal aktif dalam suasana yang sihat dan menyeronokkan.
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YBrs. En. Mohd Saipuddin bin Zakaria, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Hadir sama, En. Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah (Sukan) JBSNK, En. Anuar bin Che Mahmud, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan OKU & Warga Emas, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kelantan, En. Mohd Rosdi bin Ismail, Setiausaha Persatuan Tenpin Boling Negeri Kelantan serta YBrs. En. Mohamad Raymi bin Ab Razak, Presiden Kelab Aerodance Dinamik.
Bagi menghargai prestasi peserta, hadiah keseluruhan turut disediakan dalam bentuk wang tunai, piala, mock cheque dan sijil pencapaian dengan Johan menerima RM400, Naib Johan RM300, tempat ketiga RM200 dan tempat keempat RM100. Selain itu, sijil penyertaan juga turut diberikan kepada semua peserta.
Kejohanan ini diharapkan dapat terus menyemarakkan budaya Malaysia Aktif dalam kalangan warga emas serta membuktikan bahawa usia bukan penghalang untuk terus bersukan, kekal aktif dan membina hubungan sosial dalam komuniti.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #HariSukanNegara #MalaysiaAktif
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my
Disediakan Oleh : Urus Setia Portal Bahagian Pembangunan Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan
