KARNIVAL MALAYSIA MADANI BELIA DISANTUNI PERINGKAT DAERAH JELI DISAMBUT MERIAH

JELI 20 SEPTEMBER 2026- Persatuan Belia Semangat Muda Bukit Jering dengan kerjsama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli telah menganjurkan “Karnival Malaysia Madani Belia DiSantuni” Peringkat Daerah Jeli pada 16 September 2026 (Rabu) bertempat di Padang Awam Kg Bukit Jering, Kuala Balah, Jeli.

Objektif program ini adalah untuk menyemai semangat cinta negara di kalangan belia sempena Hari Malaysia dan sambutan Kemerdekaan kali ke 69 Negara Malaysia, memupuk keharmonian di antara belia dengan masyarakat setempat serta memberi peluang kepada belia-belia berkongsi idea dan pengalaman dalam pelaksanaan program.

Antara pengisian adalah pertandingan Bola Sepak 9 sebelah, Pertandingan Shooting Bola Jaring, Pertandinagn Bola Tampar Gergasi Wanita, Perarakan Motorsikal Berpakaian Beragam, Persembahan Tarian Menampi dan Persembahan Dikir Barat. Program ini yang mendapat sambutan yang amat baik dan telah menarik 300 orang penyertaan dari belia sekitar Daerah Jeli.

Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh YABrs.Tuan Azmin bin Yusoff, Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Negeri Kelantan, turut hadir YBrs En Supian bin Hassan, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jeli, YBrs En Mohd Fuad bin Jusoh, Penghulu Kg Bukit Jering , YBrs En Mohd Firdaus bin Ibrahim, Pengerusi Majlis Belia Jajahan Jeli dan YBrs Puan Noor Farhan binti Jusoh, Pengerusi Persatuan Belia Semangat Muda Kg Bukit Jering.

Penganjuran Karnival seumpama ini akan lebih menarik minat belia-belia untuk menyertai persatuan atau kelab belia dan memberi sokongan terhadap progarm Kementerian Belia dan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli.

Disediakan oleh : Urus setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli.

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif

#Taufiq Johari
#Mordi Bimol
#Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara #KBSMalaysia
#JBSNegara
#belia.my

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-10-2026, 21:41:59

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search