KURSUS MAKE UP BELIA GUA MUSANG 2026 TARIK MINAT 50 PESERTA

GUA MUSANG, 26 SEPTEMBER 2026 – Seramai 50 peserta telah menyertai Kursus Make Up Belia Gua Musang 2026 yang berlangsung pada 26 September 2026 bertempat di Dewan Pusat Khidmat Desa Paloh 2, Gua Musang, Kelantan.

Program anjuran Sukarelawan Teraju Muda dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Gua Musang dengan kerjasama Sue Beauty Salon ini bertujuan memberi pendedahan serta meningkatkan kemahiran asas solekan dalam kalangan belia.
Sepanjang kursus berlangsung, para peserta berpeluang mempelajari teknik dan kaedah solekan yang betul melalui perkongsian ilmu serta tunjuk ajar daripada tenaga pengajar. Program ini juga memberi peluang kepada peserta untuk menambah pengetahuan dan mengembangkan kemahiran yang boleh dimanfaatkan pada masa hadapan.

Puan Nurul Syifa binti Mohd Husni, Pembantu Belia dan Sukan Daerah Gua Musang turut hadir sebagai pemantau bagi memastikan program berjalan dengan lancar dan teratur.

Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Encik Asharun bin Uji, Penaung Pertubuhan Penggerak Anak Muda Gua Musang.

Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan bagi memberi lebih banyak peluang kepada golongan belia untuk menimba ilmu, meningkatkan kemahiran serta mengembangkan potensi diri.

Disediakan Oleh : Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Gua Musang

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif

Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-10-2026, 21:41:59

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search