- JBS Kelantan
- Hits: 107
MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK PELAKSANAAN HARI SUKAN NEGARA 2026 PERKUKUH SINERGI AGENSI NEGERI KELANTAN
- JBS Kelantan
- Hits: 107
KOTA BHARU, 15 September 2026 – Mesyuarat Jawatankuasa Induk Pelaksanaan Hari Sukan Negara (HSN) 2026 Peringkat Negeri Kelantan telah berlangsung hari ini bertempat di Bilik Gerakan, Aras 1, Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Dr. Wan Nur Ibtisam binti Wan Ismail, Pengarah Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan dan turut dihadiri En. Mohd Saipuddin bin Zakaria, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan, serta ketua-ketua agensi Kerajaan Negeri Kelantan.
Mesyuarat berkenaan menjadi platform penting bagi memperkemas perancangan, penyelarasan serta kerjasama strategik antara agensi dalam memastikan pelaksanaan HSN 2026 di Kelantan dapat dilaksanakan secara tersusun.
En. Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah (Sukan), Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan turut menyampaikan pembentangan berkaitan perancangan dan penyelarasan pelaksanaan HSN 2026 Peringkat Negeri Kelantan, termasuk penglibatan pelbagai agensi serta komuniti dalam menjayakan agenda pembudayaan sukan.
Hari Sukan Negara 2026 akan dilaksanakan serentak di seluruh negara pada 10 Oktober 2026, dengan pelbagai aktiviti sukan dan kecergasan dianjurkan bagi menggalakkan rakyat mengamalkan gaya hidup aktif serta menjadikan aktiviti fizikal sebagai sebahagian daripada kehidupan seharian.
Bagi Peringkat Negeri Kelantan, sambutan HSN 2026 akan berpusat di Perkarangan AEON Mall, Kota Bharu, yang bakal menghimpunkan pelbagai lapisan masyarakat menerusi pengisian aktiviti sukan, kecergasan dan rekreasi yang menarik serta inklusif.
Pelaksanaan HSN 2026 ini selaras dengan usaha berterusan Kerajaan dalam memperkasa budaya hidup aktif dan sihat, di samping menjadikan sukan sebagai medium penyatuan masyarakat serta memperkukuh semangat kebersamaan dalam kalangan rakyat.
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan bersama agensi-agensi berkaitan komited untuk memastikan sambutan HSN 2026 di Kelantan berlangsung dengan meriah, teratur dan memberi manfaat kepada masyarakat, seterusnya merealisasikan aspirasi Malaysia Aktif dan menjadikan sukan sebagai gaya hidup rakyat.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda
#HariSukanNegara #HSN2026 #MalaysiaAktif
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara a
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my
Disediakan Oleh : Urus Setia Portal Bahagian Pembangunan Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan
