- JBS Kelantan
- Hits: 25
PERBINCANGAN HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT DAERAH MACHANG 2026
- JBS Kelantan
- Hits: 25
MACHANG, 1 Oktober 2026 – Satu perbincangan antara Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Machang bersama Pejabat Tanah dan Jajahan (PTJ) Machang telah diadakan pada hari ini bertempat di Bilik Ketua Penolong Ketua Jajahan (Pembangunan), PTJ Machang.
Perbincangan tersebut memberi tumpuan kepada persiapan dan pelaksanaan Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat Daerah Machang 2026, khususnya berkaitan aspek kerjasama, penyelarasan serta sokongan pihak berkepentingan bagi memastikan penganjuran program dapat dilaksanakan dengan lancar dan teratur.
PBSD Machang diketuai oleh Puan Siti Azura binti Abdullah, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Machang, bersama Encik Mohd Zul Izudin bin Samat, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Machang, serta Encik Zaharuddin bin Zainal, Pegawai Pembangunan Sukan Daerah Machang.
Manakala, PTJ Machang diwakili oleh Encik Nik Muhamad Azmi bin Mohd Nor, Ketua Penolong Ketua Jajahan (Pembangunan) dan Encik Mohd Saifful bin Deraman, Penolong Akauntan PTJ Machang.
PBSD Machang merakamkan penghargaan kepada pihak PTJ Machang atas kerjasama dan komitmen yang diberikan dalam menjayakan usaha memperkasakan agenda sukan di peringkat daerah.
Disediakan oleh: Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMadani
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
belia.my
