PROGRAM SINERGI MEMBINA BELIA BERJAYA PERKASA POTENSI GENERASI MUDA

TUMPAT, 28 SEPTEMBER 2026 – Kelab Anak Muda Bandar Tumpat dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tumpat telah menganjurkan Program Sinergi Membina Belia Berjaya pada 26 September 2026 bertempat di Kampung Baru Pak Hussin.

Kelab Belia Kg Baru Pak Hussin telah merangkul Johan bagi Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Kategori Pertubuhan Peringkat Kebangsaan bagi tahun 2024. Kunjungan dari ahli kelab belia Tumpat bersama ahli Kelab Belia Kg Baru Pak Hussin ini adalah bertujuan untuk bertemu mata dan menjadi medan interaksi dan perkongsian ilmu dalam usaha mengenal pasti potensi belia dalam berpersatuan.

Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tumpat ini memberi penekanan kepada pembangunan potensi belia secara menyeluruh merangkumi aspek kepimpinan, sahsiah, kemahiran dan penglibatan aktif dalam komuniti. Program ini turut menggalakkan peserta meningkatkan kemahiran komunikasi, bekerja secara berpasukan serta sukarelawanan.

Melalui program seumpama ini, golongan belia bukan sahaja diberi ruang untuk menerima ilmu dan pengalaman, malah turut digalakkan menjadi sebahagian daripada penyelesaian kepada isu serta cabaran yang dihadapi komuniti.

Diharapkan Program Sinergi Membina Belia Berjaya dapat menjadi pemangkin kepada pembentukan belia yang berilmu, berkemahiran, berintegriti, berdaya saing dan bersedia memimpin perubahan positif dalam komuniti. Program ini juga menjadi platform strategik dalam memperkukuh pembangunan golongan belia melalui kerjasama dan sinergi pelbagai pihak bagi melahirkan generasi muda yang berilmu, berkemahiran, berdaya tahan serta mampu menyumbang kepada pembangunan komuniti dan negara.

Turut hadir ke program ini ialah Encik Mazlan bin Mohd Ariffin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas, Nur Aliaa binti Wan Johan, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas, Encik Mohamad Saupi bin Ibrahim, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tumpat, Puan Mimi Marini binti Mahmood, Pembantu Belia dan Sukan Daerah Tumpat , Encik Mohammad Raymie bin Ab Razak, Pengerusi Kelab Belia Kg Baru Pak Hussin, Pasir Mas dan Muhammad Amirul bin Mohammad Jusoh, Pengerusi Kelab Anak Muda Bandar Tumpat.

#TeamKBS #TeamJBSN #SukanUntukSemua #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #YakinBoleh

Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
Rakan Muda
KBSMalaysia
Disediakan oleh: Urus Setia Portal PBSD Tumpat

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-10-2026, 21:41:59

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search