- JBS Kelantan
- Hits: 2
PERTANDINGAN SEPAK TAKRAW TERTUTUP KELANTAN PERINGKAT DAERAH MACHANG 2026 MERIAH DENGAN PENYERTAAN 24 PASUKAN
- JBS Kelantan
- Hits: 2
MACHANG, 14 Oktober 2026 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang telah menganjurkan Pertandingan Sepak Takraw Tertutup Kelantan Peringkat Daerah Machang 2026 pada 10 Oktober 2026 bertempat di Gelanggang Sepak Takraw Kampung Wakaf Bata, Machang.
Pertandingan ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dengan penyertaan sebanyak 24 pasukan yang bersaing bagi merebut gelaran juara. Penganjuran pertandingan ini bertujuan untuk memartabatkan sukan sepak takraw di peringkat daerah, mencungkil bakat-bakat baharu serta menggalakkan penglibatan golongan belia dalam aktiviti sukan yang sihat dan berfaedah.
Keputusan pertandingan menyaksikan pasukan Numi C muncul sebagai johan, manakala pasukan KSTKR B berjaya meraih naib johan. Tempat ketiga bersama pula dimenangi oleh pasukan KFTF dan Numi B.
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Puan Siti Azura binti Abdullah, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Machang, sebagai penghargaan kepada pasukan yang berjaya serta semua peserta yang telah memberikan komitmen sepanjang pertandingan berlangsung.
Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang berharap agar penganjuran pertandingan seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi memperkukuh pembangunan sukan sepak takraw, melahirkan pemain yang berpotensi serta menyemarakkan budaya hidup aktif dalam kalangan belia dan masyarakat setempat.
Disediakan oleh: Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMadani
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
belia.my
