PROGRAM MALAYSIA AKTIF @ KOMUNITI DAERAH MACHANG SIRI 1 MERIAHKAN AKTIVITI KECERGASAN DI KLINIK KESIHATAN LABOK

MACHANG, 14 Oktober 2026 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang telah menganjurkan Program Malaysia Aktif @ Komuniti Daerah Machang Siri 1 bertempat di Klinik Kesihatan Labok, Machang dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Machang dan Klinik Kesihatan Labok pada 8 Oktober 2026.

Program ini diadakan bagi menggalakkan penglibatan komuniti dalam aktiviti fizikal dan sukan rekreasi, di samping meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan mengamalkan gaya hidup aktif dan sihat dalam kehidupan seharian.
Antara aktiviti utama yang dijalankan ialah senamrobik yang melibatkan penyertaan warga komuniti dan warga Klinik Kesihatan Labok. Aktiviti ini bukan sahaja membantu meningkatkan kecergasan fizikal, malah turut mewujudkan suasana ceria serta mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan peserta.

Program Malaysia Aktif @ Komuniti ini diharap dapat menjadi platform berterusan untuk menggalakkan masyarakat menjadikan aktiviti fizikal sebagai sebahagian daripada rutin harian demi kesejahteraan diri, keluarga dan komuniti.

Disediakan oleh: Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMadani

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-10-2026, 21:41:59

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search