- JBS Kelantan
- Hits: 2
GENERASI AKTIF INOVASI LESTARI SULAM KESEDARAN BELIA TERHADAP ALAM SEKITAR
- JBS Kelantan
- Hits: 2
16 September 2026
Gua Ikan, Dabong
KUALA KRAI, Seramai 30 pelajar SMU (A) Darus Salam, Peria menyertai Program Generasi Aktif Inovasi Lestari Peringkat Daerah Kuala Krai 2026 yang berlangsung di Gua Ikan, Dabong, di sini.
Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai dengan kerjasama Kelab Rakan Muda Bandar Kuala Krai itu bertujuan meningkatkan kesedaran belia terhadap matlamat hidup serta tanggungjawab kepada diri, keluarga, agama, bangsa dan alam sekitar.
Penganjuran program berkenaan turut memberi ruang kepada peserta menerapkan nilai tanggungjawab sosial dan kesedaran terhadap kelestarian alam sekitar melalui pengalaman pembelajaran secara langsung di luar bilik darjah.
Turut menyertai program ialah Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai, Puan Rosnani binti Haji Abdullah Zawawi dan Pemimpin Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Daerah Kuala Krai, Puan Aida binti Ab. Rejab.
Program itu diharap dapat membentuk generasi belia yang lebih aktif, bertanggungjawab dan prihatin terhadap kelestarian alam sekitar, selaras dengan usaha memperkasa peranan belia sebagai ejen perubahan dalam komuniti.
Disediakan Oleh :
Urus Setia Portal
Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai
#TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #teamPBSDKualaKrai #RakanMuda
@Taufiq Johari
@Mordi Bimol
@Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
@KBSMalaysia
@JBSNegara
Belia.my
