- JBS Kelantan
- Hits: 2
PROGRAM RAKAN PRIHATIN: MOBILISASI SUKARELAWAN RAKAN MUDA SOKONG SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA 2026 PERINGKAT DAERAH MACHANG
- JBS Kelantan
- Hits: 2
MACHANG, 10 Oktober 2026 – Program Rakan Prihatin: Mobilisasi Sukarelawan Rakan Muda telah dilaksanakan bagi membantu persiapan tempat pada 9 Oktober 2026 serta menjayakan Sambutan Hari Sukan Negara (HSN) 2026 Peringkat Daerah Machang yang berlangsung pada 10 Oktober 2026 bertempat di Padang Bola Sepak Pondok Hidayah, Batu 30, Machang, Kelantan.
Program ini dilaksanakan oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang dengan kerjasama Sekolah Menengah Sains Machang sebagai usaha menggalakkan penglibatan aktif golongan anak muda dalam aktiviti kesukarelawanan, di samping memupuk semangat kerjasama, disiplin dan tanggungjawab sosial dalam kalangan generasi muda.
Pada 9 Oktober 2026, para sukarelawan telah membantu persiapan lokasi bagi memastikan kawasan program berada dalam keadaan teratur dan bersedia untuk menerima kehadiran peserta serta pengunjung. Bantuan persiapan ini merangkumi kerja-kerja penyusunan dan penyediaan kawasan program mengikut keperluan penganjuran.
Seterusnya, pada 10 Oktober 2026, sukarelawan turut memainkan peranan dalam menyokong kelancaran Sambutan Hari Sukan Negara 2026 Peringkat Daerah Machang. Penglibatan mereka mencerminkan komitmen anak muda dalam membantu pelaksanaan program komuniti, khususnya program yang menggalakkan amalan gaya hidup aktif dan sihat melalui aktiviti sukan serta rekreasi.
Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang merakamkan penghargaan kepada pihak Sekolah Menengah Sains Machang atas kerjasama yang diberikan serta kepada semua sukarelawan yang telah meluangkan masa dan tenaga bagi membantu menjayakan program ini.
Disediakan oleh: Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMadani
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
belia.my
