PROGRAM INTEGRITI BERSAMA SPRM PERKUKUH NILAI INTEGRITI WARGA JBSN KELANTAN

MACHANG, 5 Oktober 2026 – Jabatan Belia dan Sukan Negeri (JBSN) Kelantan telah menganjurkan Program Integriti Bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 4 Oktober 2026 bertempat di Dewan Malaysia, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan.

Program yang melibatkan seramai 70 orang pegawai dan kakitangan JBSN Kelantan itu turut disertai oleh semua pegawai dari Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang, sebagai usaha memperkukuh kefahaman serta penghayatan warga jabatan terhadap kepentingan integriti dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab sebagai penjawat awam.

Ceramah utama telah disampaikan oleh PsK Wan Siti Junaida binti Ismail, Ketua Cawangan Pendidikan Masyarakat, SPRM Negeri Kelantan, menerusi ceramah bertajuk “Integriti Teras Perkhidmatan Awam; Tolak Rasuah Hidup Bermaruah”.

Ceramah tersebut memberi penekanan kepada kepentingan membudayakan integriti, amanah, akauntabiliti dan ketelusan dalam kalangan warga perkhidmatan awam, di samping meningkatkan kesedaran mengenai kesan serta risiko perlakuan rasuah dalam pelaksanaan tugas seharian.

Disediakan oleh: Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMadani

Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
belia.my

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-10-2026, 21:41:59

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search