LEBIH 1,000 PESERTA MERIAHKAN PROGRAM BRISKWALK UMNO BAHAGIAN PASIR MAS SEMPENA HARI SUKAN NEGARA 2026

PASIR MAS, 9 Oktober 2026 – Lebih 1,000 orang peserta menyertai Program Briskwalk UMNO Bahagian Pasir Mas Sempena Hari Sukan Negara 2026 yang berlangsung pada jam 8.00 malam dengan pelepasan peserta bermula dari perkarangan Pejabat UMNO Bahagian Pasir Mas.

Para peserta menyusuri laluan sekitar Bandar Pasir Mas, sekali gus memeriahkan suasana bandar melalui aktiviti riadah pada waktu malam. Program ini merupakan inisiatif UMNO Bahagian Pasir Mas untuk menggalakkan masyarakat mengamalkan gaya hidup aktif dan sihat, di samping menyemarakkan semangat kesukanan bersempena sambutan Hari Sukan Negara 2026.

Penyertaan lebih 1,000 orang peserta mencerminkan sambutan yang amat menggalakkan daripada masyarakat setempat terhadap aktiviti sukan dan rekreasi. Program seumpama ini turut menjadi platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim serta memupuk kesedaran mengenai kepentingan menjaga kesihatan melalui aktiviti fizikal secara berterusan.

Turut hadir ialah Encik Mazlan bin Mohd Ariffin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas, bersama Puan Nur Alisa binti Wan Johan dan Encik Mohd Faidhi bin Mohd Noor.
Selain aktiviti briskwalk, program ini turut menyediakan pelbagai aktiviti sampingan termasuk pemeriksaan kesihatan percuma, cabutan bertuah dan gerai jualan bagi memberikan manfaat serta menambahkan kemeriahan kepada para peserta dan pengunjung.

Penganjuran program ini selaras dengan matlamat Hari Sukan Negara untuk membudayakan sukan dan aktiviti fizikal sebagai sebahagian daripada kehidupan seharian masyarakat. Aktiviti berjalan pantas bukan sahaja membantu meningkatkan kecergasan fizikal, malah menggalakkan interaksi sosial dan membina komuniti yang lebih sihat serta aktif.

Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi meningkatkan penyertaan masyarakat dalam aktiviti sukan dan rekreasi serta menyokong usaha membudayakan gaya hidup aktif dan sihat dalam kalangan warga Pasir Mas.

#TeamKBS #MalaysiaAktif #MalaysiaMadani #kbskomited #jbskelantan #TeamJBSN #rakanmuda

Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my

 
 
 
 

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-10-2026, 21:41:59

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search