- JBS Kelantan
- Hits: 4
PROGRAM MALAYSIA AKTIF @ KOMUNITI PASIR MAS 2026 SIRI 1 MERIAH DI SK GELANG MAS
- JBS Kelantan
- Hits: 4
PASIR MAS, 8 Oktober 2026 – Program Malaysia Aktif @ Komuniti Peringkat Daerah Pasir Mas 2026 Siri 1 berlangsung meriah di Sekolah Kebangsaan Gelang Mas, di sini, pada Khamis.
Program tersebut telah bermula pada jam 8 pagi itu telah disertai oleh 384 peserta terdiri daripada murid, guru dan kakitangan sekolah bagi menggalakkan budaya hidup aktif dan sihat.
Penganjuran program turut bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan aktiviti fizikal dan sukan, selain mengeratkan hubungan serta memupuk semangat kebersamaan dalam kalangan peserta.
Penglibatan warga sekolah mencerminkan komitmen SK Gelang Mas dalam menyokong usaha membudayakan gaya hidup aktif melalui aktiviti sukan dan rekreasi.
Program seumpama ini diharap dapat diteruskan bagi melahirkan masyarakat yang cergas, sihat dan aktif, selaras dengan aspirasi Malaysia Aktif.
Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas akan terus menyokong inisiatif sukan dan rekreasi demi kesejahteraan komuniti setempat.
#TeamKBS #TeamJBSN #jbskomited #JBSNKelantan #MalaysiaMadani #rakanmuda #MalaysiaAktif
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my
